suria

Alhamdulillah... Mawar Karim dan anak dah sembuh, akui bersalin lagi sakit daripada Covid-19

Mawar dan Maryam kini bebas Covid-19 selepas dua minggu menerima rawatan.

BEKAS isteri Fizo Omar, Mawar Karim dan anak pasangan itu, Wan Maryam sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas disahkan bebas daripada virus Covid-19.

Mawar berkongsikan mengenai perkembangan terbaharu mereka menerusi laman Instagramnya melalui sesi pertanyaan yang dibuka kepada pengikutnya.

Ahli perniagaan ini juga turut berkongsikan pengalamannya sepanjang dijangkiti virus berbahaya itu yang mana disifatkan kurang sakit berbanding ketika melahirkan Maryam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dan anak Fizo Omar positif Covid-19 - “Mawar dan Maryam double M kuat, boleh lawan”

"Kami dah discharged, balik rumah dah. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan terutamanya semua petugas barisan hadapan yang sangat membantu urusan saya dan Maryam.

"Saya fikir apa yang berlaku pasti ada hikmah.

Come on ibu-ibu kita kuat. InsyaAllah, pastikan kita sentiasa positif bila handle Covid ni.

MAWAR KARIM

AHLI PERNIAGAAN

"Tapi saya nak kongsi pengalaman sebenarnya ketika saya menjalani pembedahan endometriosis, cyst dan sewaktu dengannya sebelum adanya Maryam di dunia, itulah yang paling sakit. Rasa macam mati hidup semula.

"Baru rasa itulah peluang kedua Allah bagi hidup. Lepas itu sakit bersalin," katanya.

Mawar berkongsikan pengalamannya dijangkiti Covid-19.

Mawar turut menitipkan kata-kata semangat buat wanita di luar sana yang turut sama mengalami pengalaman buruk seperti dirinya agar sentiasa berfikiran positif.

"Saya pasti ibu-ibu di luar sana jangan rasa down bila dapat keputusan positif, saya percaya ibu-ibu pasti boleh handle. InsyaAllah kekuatan itu pasti ada.

"Come on ibu-ibu kita kuat. InsyaAllah, pastikan kita sentiasa positif bila handle Covid ni," ujarnya.

Fizo Omar bersama anaknya, Wan Maryam.

Menerusi laporan mStar pada 5 Januari lalu, Mawar dan Maryam disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Mawar berkahwin dengan Fizo pada 10 November 2013 di Country Heights, Kajang namun pasangan itu akhirnya bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain