suria

Selepas Aepul Roza (Drama Band), anak pula disahkan positif Covid-19 - “I’m sorry baby girl”

Anak Aepul Drama Band positif Covid-19.

SELEPAS empat hari disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri, vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza memaklumkan anaknya, Nur Saffiya Alisha turut dijangkiti virus itu.

Menerusi Instagram, Aepul berkata dia dan anak perempuan berusia lima tahun itu akan dikuarantin bersama sehingga sembuh dan bebas daripada jangkitan tersebut.

“My poor baby. Alisha juga positif. I’m sorry baby girl. Daddy jaga awak okay, ” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dan suami serta Aepul (Drama Band) disahkan positif Covid-19 - “Walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tak tahu ada atau tak virus itu”

Menerusi laporan mStar pada Khamis lalu, Aepul memberitahu keputusan ujian calitan atau swab test mendapati dirinya positif Covid-19.

Duduk elok-elok dengan daddy okay, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang!

LEEZ ROSLI

ISTERI AEPUL

Bagaimanapun, isterinya iaitu Leez Rosli disahkan bebas daripada jangkitan.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan ujian kali kedua membawa keputusan positif. Isteri (Leez Rosli) negatif. Saya sudah mula jalani kuarantin kendiri beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga” katanya.



Aepul dan Leez kongsi berita sedih mengenai anak mereka di Instagram.

Meskipun berat berdepan ujian sukar itu, Leez berkata dia kuatkan diri memberi sokongan moral agar suami dan anaknya segera sembuh.

“Hasil keputusan ujian swab test, anak perempuan kami disahkan Covid-19.... Allahu beratnya rasa bahu ni!

“Duduk elok-elok dengan daddy okay, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang... daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya di Instastory.

Sebelum ini, beberapa selebriti antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong disahkan positif Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain