Terima markah tertinggi, rupa-rupanya Ayu Damit hampir hilang fokus gara-gara monitor telinga tercabut ketika konsert minggu ketiga GV7

Ayu hampir hilang fokus apabila ear monitor yang dipakai tercabut semasa sedang buat persembahan.

PESERTA Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Ayu Damit meluahkan rasa syukur apabila pertama kali memperolehi markah tertinggi pada malam konsert minggu ketiga yang berlangsung pada Ahad lalu.

Meskipun persembahannya pada malam itu kelihatan sempurna, Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 31, mendedahkan dia berdepan masalah teknikal semasa sedang beraksi di atas pentas.

"Alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan keputusan yang saya peroleh. Saya tak sangka akan peroleh markah tinggi sebabnya ada kejadian yang berlaku di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua terselamat konsert minggu ketiga GV7 kerana Yantzen tak bertanding - “Dia sakit tak boleh nak elak, tak patut ada penyingkiran”

"Sebenarnya agak sukar untuk saya membuat persembahan dengan baik pada malam itu kerana semasa menyanyikan bahagian rap... monitor telinga yang saya pakai tercabut.

"Jadi itu sedikit menyukarkan saya menyampaikan bahagian rap tersebut.. tapi saya yakinkan diri untuk teruskan persembahan dan percaya mampu melakukan yang terbaik, ” katanya kepada mStar.



Ayu terima markah tertinggi pada konsert minggu ketiga.

Pada konsert minggu ketiga itu, Ayu yang menyampaikan lagu Senyuman Ragamu nyanyian asal Gerhana Sky Cinta dan Radhi mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80.6 peratus.

Bagaimanapun, tiada penyingkiran pada malam itu berikutan salah seorang peserta iaitu Yantzen tidak dapat bersaing kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Sementara itu, Ayu berkata markah tinggi yang diterima itu bukanlah bermaksud dia sudah boleh berasa selesa dan tidak perlu bekerja keras pada konsert akan datang.



Ayu mahu cuba pelbagai genre dalam GV7.

"Walaupun rasa lega tiada penyingkiran tetapi saya perlu lebih berhati-hati kerana tak mustahil jika ada dua penyingkiran minggu depan.

"Saya kena terus konsisten melakukan persembahan terbaik dan memperbaiki kelemahan yang ditegur juri... saya percaya masih banyak yang perlu saya belajar sebagai seorang penyanyi.

"Niat saya masuk Gegar Vaganza bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi, cuma nak tunjukkan kepada orang ramai bahawa kami masih ada dan bersedia untuk mencuba pelbagai genre muzik, ” ujarnya

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain