suria

Mulan Jameela tak bertudung, hanya pakai 'hoodie'... netizen doakan terus istiqamah

Mulan Jameela hanya memakai hoodie ketika ada tetamu lelaki di rumahnya.

KECOH apabila sebuah video menunjukkan penyanyi Indonesia Mulan Jameela tidak mengenakan tudung dalam satu pertemuan bersama suaminya Ahmad Dhani dan Anang Hermansyah.

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube MaiaAIEDul TV itu turut memperlihatkan El Rumi iaitu anak tirinya meminta diri untuk berangkat balik ke London bagi melanjutkan pelajarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: El Rumi mahu ikut jejak langkah Ahmad Dhani kahwin muda, Maia Estianty kata anak ‘playboy’

Rata-rata netizen menegur penampilan Mulan Jameela yang tidak memakai tudung sebaliknya menutupi rambutnya dengan hoodie berwarna kelabu.

Penampilan itu menarik perhatian umum yang meninggalkan pelbagai reaksi.

Menurut netizen Mulan seharusnya menutup auratnya berikutan ada lelaki lain yang bukan mahram berada di kediamannya.

“Mulan kenapa tidak bertudung? Semoga semakin istiqomah menutup aurat di depan lelaki bukan mahram meskipun di dalam rumah.

“Pakai hoodie bukan bertudung, bersangka baik sahaja, ” ujar beberapa netizen.

Mula Jameela membuat keputusan untuk berhijab pada 2018 ketika bercuti di Palestin.

Keputusan penyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi itu disokong penuh oleh Ahmad Dhani.

SUMBER: DetikHOT



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain