suria

Raikan kejayaan'Savage Love' tanpa ucap terima kasih kepada BTS, Jason Derulo dikecam ARMY!

Jason Derulo menerima kecaman ARMY apabila tidak mengucapkan terima kasih kepada BTS.

PEMINAT kumpulan Kpop BTS iaitu ARMY berang dengan tindakan penyanyi antarabangsa Jason Derulo yang meraikan kejayaan lagu Savage Love versi remix bersama BTS tanpa mengucapkan terima kasih kepada kumpulan dari Korea Selatan itu.

Jason Derulo yang berkongsi video membelanjakan wang sebanyak RM400,000 selepas lagu berkenaan berjaya menduduki tempat pertama carta Billboard dianggap tidak menghormati kumpulan itu.

Disebabkan perkara itu, Jason Derulo menerima kecaman dan disenarai hitam oleh ARMY.

"Belajar untuk menghormati awak dikategorikan nombor satu sekalipun adalah disebabkan BTS"

"Ini semua patut berterima kasih kepada BTS, awak sekurang-kurangnya patut memberi kredit kepada mereka" ujar netizen.



Lagu Savage Love menduduki tempat pertama Billboard.

ARMY menganggap penyanyi berusia 31 tahun ini hanya menumpang populariti di sebalik nama besar BTS.

Perkara itu dilihat apabila lagu Savage Love menduduki tangga pertama adalah daripada versi kolaborasi dengan BTS dan bukan versi asli lagu berkenaan.

Sumber: HYPE

ARMY, BTS, Savage Love,

Artikel Lain