Dituduh langgar SOP ketika penggambaran MV, Dua Lipa beri amaran kepada akhbar tabloid

Dua Lipa berang apabila sebuah akhbar tabloid menulis artikel yang tidak benar mengenainya.

PENYANYI Dua Lipa bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid di United Kingdom (UK) yang mengeluarkan artikel berbaur fitnah berkaitan dengan video muzik lagunya yang dirakam di London.

Dua Lipa menerusi Instastory miliknya berkata artikel tersebut yang mendakwa dia menjalani rakaman video klip itu tanpa mengikut operasi standard prosedur (SOP) Covid-19 adalah tidak benar.

Susulan dakwaan tersebut, pihak peguam yang mewakili Dua Lipa telah menghantar surat kepada pihak akhbar tersebut yang turut menulis beberapa fakta tidak benar mengenainya.



Status yang dimuat naik Dua Lipa.

"Sebuah akhbar tabloid di UK (saya tidak mahu memberi publisiti dengan meletakkan namanya), telah mengeluarkan artikel mengenai video muzik saya yang menjalani penggambaran di London.

"Apa yang didakwa itu semuanya tidak benar sama sekali. Rakaman itu mengikut semua garis panduan. Ini merupakan salah satu berita tidak benar yang dikeluarkan akhbar itu mengenai saya tahun ini.

"Peguam saya sudah menghantar surat kepada pihak tersebut. Ia sangat memalukan apabila sesetengah akhbar British lebih mengutamakan penjualan akhbar dari kebenaran," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain