suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alami anxiety, Jeongyeon (TWICE) direhatkan daripada aktiviti seni

Jeongyeon perlu berehat daripada aktiviti seni buat sementara waktu.

AHLI kumpulan TWICE iaitu Jeongyeon diberikan cuti untuk berehat daripada sebarang aktiviti seni berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan JYP Entertaiment memberitahu pihak mereka memberi Jeongyeon untuk berehat disebabkan penyanyi itu berdepan masalah kebimbangan melampau atau anxiety.

"Kami ingin memaklumkan bahawa Jeongyeong akan direhatkand daripada aktiviti seni TWICE berikutan masalah kesihatannya.

"Sekarang ini, Jeongyeon berdepan dengan masalah kebimbangan melampau menyebabkan jadualnya perlu disusun semula.

"Selepas berbincang dengan Jeongyeon dan ahli TWICE yang lain, kami ambil keputusan untuk dia berehat dan mendapat rawatan yang sepatutnya," kata wakil agensi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain