suria

Bapa terkejut terima hadiah kereta mewah daripada Baim Wong

Baim terkejut bapanya menolak hadiah pemberiannya.

BERADA di kehidupan yang selesa, selebriti terkenal Indonesia iaitu Baim wong tidak melupakan tanggungjawab dan perhatian terhadap keluarga terutama ibu bapanya.

Memetik laporan Liputan6, Baim juga membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada bapanya iaitu Johnny Wong.

Bagaimanapun, Baim terkejut apabila bapanya menolak hadiah pemberiannya dan meminta aktor itu memberikan kereta tersebut kepada isterinya, Paula Verhoevan.

Momen tersebut turut dikongsikan menerusi saluran YouTube Baim Paula baru-baru ini.

Menerusi rakaman tersebut, Baim tetap mahu bapanya mencuba untuk memandu kereta jenama BMW 3201 tahun 2017.

Selepas memandu kenderaan mewah tersebut, akhirnya Johnny Wong menerima hadiah pemberian anaknya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain