Chrissy Teigen aktif semula di media sosial selepas 2 minggu berehat kerana keguguran

Chrissy memberitahu dia dan suaminya, John kini dalam keadaan baik.

SELEPAS lebih dua minggu mendiamkan diri, isteri kepada penyanyi John Legend iaitu Chrissy Teigen kembali aktif di laman Instagram.

Memetik laporan Hollywoodlife, Chrissy memuat naik status memberitahu keadaan terkini dia dan keluarganya selepas mengalami keguguran pada awal Oktober lalu.

"Kami diam tapi kami okey. Sayang anda semua," Tulis Chrissy secara ringkas.

Pada 1 Oktokber lalu, Chrissy mengalami keguguran selepas beberapa kali cuba menyelamatkan bayi dalam kandungan itu.



Chrissy dan John kehilangan anak lelaki.

Chrissy berkata, dia mengalami pendarahan yang banyak dan sudah beberapa kali melakukan pemindahan darah.

Dalam pada itu, John menerusi Twitter meluahkan rasa cinta terhadap isteri dan anak-anaknya ketika membuat persembahan di Anugerah Muzik Billboard baru-baru.

"Ini (persembahan) untuk Chrissy. Saya sayang sangat awak dan keluarga kita. Kita telah lalui pengalaman jatuh dan bangun bersama," katanya.

John Legend berkahwin dengan Chrissy Teigen pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain