suria

Peminat terkejut penampilan terkini bekas ahli kumpulan Super Junior Kangin semakin kurus

Kangin semakin kurus menimbulkan persoalan peminat.

FOTO terbaharu bekas ahli kumpulan Super Junior, Kim Young Woon atau lebih dikenali sebagai Kangin yang dikongsikan di laman Instagram miliknya menimbulkan kebimbangan peminat.

Ia berikutan wajah kelihatan cengkung akibat penurunan berat badan yang ketara menimbulkan persoalan terhadap kesihatannya.

Selain itu, kapsyen pada gambar tersebut yang menunjuk isyarat mohon maaf itu diduga seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu.

Menjawab soalan berkaitan kesihatannya itu, Kangin berkata berat badannya kerap turun ketika ini.

“Berat badan saya semakin merosot” ujarnya.

Rata-rata netizen mendoakan kesihatan penyanyi itu dan ingin melihat dia kekal aktif seperti dahulu.

“Saya rasa dia perlu jumpa doktor. Dia kelihatan sangat kurus. Saya juga pernah jatuh sakit setahun dan berat badan menurun tanpa sebab”

"Ya ampun oppa (abang) tolong jaga kesihatan, harap anda dalam keadaan sihat, tolong jaga diri" ujar netizen.

Kangin membuat keputusan untuk keluar daripada Super Junior pada Julai tahun lalu selepas terbabit dengan beberapa kontroversi.

Dia juga sentiasa rasa bersalah terhadap ahli kumpulan yang lain atas kontroversi yang dilakukannya.

SUMBER: AllKpop

Artikel Lain