suria

Anna Wintour bercerai dengan jutawan telekomunikasi selepas 20 tahun bersama

Anna Wintour bercerai dengan suami yang juga seorang jutawan telekomunikasi. - GC Images

KETUA editor majalah fesyen Vogue, Anna Wintour, 70, dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya jutawan telekomunikasi Shelby Bryan selepas 20 tahun berumah tangga.

Seperti dilapor Page Six, pasangan ini sudah tidak dilihat keluar bersama di depan umum sejak beberapa tahun lalu.

Namun sekarang, menurut sumber mereka sudah rasmi berpisah secara baik.

Sehingga kini, tiada sebarang maklumat tentang punca perceraian namun ada gosip mengatakan Byran, 74, sudah kembali kepada bekas isterinya Katherine Bryan.

Bagaimanapun, sumber terdekat Katherina memberitahu mereka tidak kembali bersama.

"Katherine dan Shelby ada anak bersama dan mereka baik hanya sebagai kawan, itu sahaja," ujar sumber.

Sementara itu, menurut sumber pasangan itu dihidu bermasalah sejak tahun 2013 selepas jutawan itu dilaporkan berhutang dalam jumlah yang besar.

Page Six gagal mendapatkan komen daripada pihak Bryan dan wakil Wintour juga enggan mengulas tentang perkara itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Anna Wintour, Vogue

Artikel Lain