suria

Penghantar makanan teruja terima pesanan daripada Rossa, siap dapat berduet dan selfie lagi!

Penghantar makanan teruja jumpa Rossa.

SEORANG penghantar makanan dikenali sebagai Usman terkejut apabila menerima pesanan daripada penyanyi terkenal Indonesia Rossa.

Usman menerusi Instagramnya berkongsi pengalaman manisnya terharu apabila Rossa membalas kiriman mesej yang dihantar dengan sekeping foto selfie.

Dalam tangkapan skrin yang dapat dilihat, penghantar makanan berasa tidak percaya itu adalah penyanyi lagu Pudar itu.

"Biar betul ini Rossa yang penyanyi itu," soal Usman.

Pada mulanya dia sengaja menyebut gelaran 'Teh Oca' (gelaran bagi Rossa) dan tidak menyangka pesanan yang dibuat itu memang betul-betul daripada Rossa.

Usman turut berkesempatan untuk berduet lagu Hati Yang Kau Sakiti dengan penyanyi tersebut menerusi mesej aplikasi pesanan makanan itu.

Dia juga berjaya bergambar bersama Rossa selepas menghantar makanan tersebut.


"Alhamdulillah... Terima kasih ya buat Rossa kerana sempat bergambar dan berduet bersama saya. Semoga Rossa semakin berjaya," ujarnya.

SUMBER: InsertLive!

Rossa, penyanyi Indonesia,

Artikel Lain