suria

Ebit Lew sayu lihat keadaan M Daud Kilau, sempat suapkan makan sebelum balik - “Walaupun uzur dia masih ceria melayan tetamu”

Ebit memberi hadiah kepada M Duad Kilau.

KEADAAN kesihatan Datuk M Daud Kilau yang kini semakin uzur menarik perhatian pendakwah bebas iaitu Ebit Lew untuk meluangkan masa menziarahi penyanyi veteran tersebut di kediamannya yang terletak di Bagan Datoh, Perak.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, berkata biarpun M Daud dalam keadaan tidak bermaya namun tetap memberikan senyuman yang ceria kepada tetamu yang datang menziarahinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew sebak lihat kehidupan daif To'ki, hadiahkan peti ais dan mesin basuh - “Dari jauh dia sambut dan peluk saya”

Malah Ebit juga mendedahkan penyanyi dengan jolokan Raja Gelek itu tidak membenarkan dia dan kru pulang sekiranya tidak menjamu laksa yang dihidangkan.



M Duad berterima kasih atas hadiah yang diberikan Ebit.

"Sebak... sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur dia masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa.

"Dia berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan... saya suap dia. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz," kata Ebit.

Ebit yang menjalankan perniagaan kedai runcit itu berkongsi video dia menyuap makanan kepada M Daud atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau, 82, di laman Instagram miliknya.

Tadi dia sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi.

EBIT LEW

PENDAKWAH BEBAS

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut turut mendoakan kesihatan penyanyi yang popular menerusi lagu Sirih Pinang itu.

Difahamkan M Daud kini semakin uzur disebabkan mengidap penyakit kencing manis, masalah jantung dan kini, kurang pendengaran malah dia juga sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki, tangan serta sakit pinggang.

Dalam pada itu, Ebit meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan memberi hadiah dengan hanya mengharapkan balasan doa sahaja daripada M Daud.



Ebit sempat menyuapkan M Duad sebelum pulang.

"Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kasih dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia.

"Doakan saya ya. Doakan supaya Datuk M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.

"Tadi dia sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain