Tiga bulan tiada 'job', Sufian Suhaimi tumpu bisnes bantal zikir - “Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan”

Sufian lebih fokus pada perniagaan di waktu PKP.

BERDEPAN kebimbangan dan masalah yang sama seperti orang lain, penyanyi Sufian Suhaimi mengaku pendapatannya turut terjejas akibat penularan Covid-19.

Bagaimanapun, Sufian, 28, berkata, tempoh tersebut digunakan sebaiknya dengan memberi tumpuan terhadap bidang perniagaannya yang diceburi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan 6 suara! Sufian Suhaimi teruja nyanyi lagu raya ciptaan komposer 'legend' - “Rasa seronok dia lain macam”

"Rasanya bukan penggiat seni sahaja terkesan tapi satu dunia. Tak boleh nak promosi lagu dan membuat persembahan seperti biasa tapi bagi saya, waktu ini kita kena cuba juga biasakan.



Sufian bersyukur sempat lancar perniagaan pada awal tahun.

"Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan. Kita kena seimbang dan realitisik. Sama ada nak buat sesuatu yang betul-betul minat atau macam mana kita nak bertahan dalam waktu yang mencabar ini.

"Alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana telah lancarkan perniagaan pada awal tahun. Jadi, waktu macam ini saya boleh gunakan intuí fokus kapada bisnes itu.

"Saya dah tiga tahun dalam bidang muzik. Jadi, waktu dunia muzik tak berapa nak rancak, kita fokus bisnes. Sekurang-kurangnya dapat imbangkan antara minat dan kelangsungan hidup," kata Sufian kepada mStar.

Kalau bukan PKP pun, saya memang tak suka tempat yang ada ramai orang.

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

Penyanyi lagu Di matamu itu berkongsi perkara itu ketika ditemui di rakaman sebuah program realiti di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini.

Sufian melancarkan produk bantal zikir untuk bayi pada awal Januari lalu.

Dalam pada itu, tiga bulan berkurung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membuatkan dia berasa tertekan.

Kata Sufian, bagi dirinya yang tidak suka bersosial dan lebih memilih menghabiskan masa di rumah menjadikan tempoh PKP yang dilalui sebagai sebagai satu kelebihan.

"Kebetulan saya memang suka duduk rumah. Kalau bukan PKP pun, saya tak suka tempat yang ramai orang. Tempat karaoke atau kedai mamak pun saya tak pergi.

"Masa PKP itu, saya rasa seperti satu dunia bersama saya. Semua orang duduk rumah tapi sudah tentu ada rasa bosan tapi saya dah bersedia lama untuk perkara ini. Siapkan rumah dengan aktiviti hiburan yang bermanfaat," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sufian Suhaimi, Covid-19, PKP,

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain