Zizi Kirana kurang berkawan dengan perempuan gara-gara pernah dibuli - “Mereka ejek saya pendek, hitam, gigi jongang”

Penyanyi Zizi Kirana kongsi pengalaman diejek rakan sekolah.

SELEPAS penyanyi rap Yonnyboii mendedahkan pengalaman dibuli, kini Zizi Kirana tampil berkongsi kisah yang hampir sama apabila diejek dengan pelbagai gelaran.

Zizi atau nama sebenarnya Nurfazelah Mad Tahil, 35, berkata, dia dipanggil dengan gelaran yang menghina fizikalnya seperti pendek, hitam dan jongang.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka tudung selepas Ramadan, Zizi Kirana minta doakan bertemu jodoh yang dapat membimbing - “Sejujurnya kalau dengan ustaz pun okay!”

Bagaimanapun, perkara itu dapat diselesaikan selepas dia mendapat keyakinan diri untuk berdepan dengan pelajar yang membulinya.



Pengalaman Zizi dibuli rakan sekolah yang dikongsikan di Instagram Story.

"Sampai ada gelaran si pendek dan bila lalu depan orang-orang (yang mengejek) tu, mereka akan ramai-ramai cakap Nurfazelah (Zizi) pendek.

"Tapi bila saya dah tingkatan tiga, mereka tak berani dah, sebab siapa yang ejek tu memang saya tunggu depan pagar sekolah... ajak mereka bermesyuarat," tulisnya.

Penyanyi lagu Eh ini berkata dia sering dipanggil pelbagai gelaran namun lama-kelamaan sudah terbiasa dan tidak lagi ambil kisah tentang ejekan orang.

Dalam pada itu, Zizi turut memberi semangat kepada peminat-peminatnya agar bersikap berani mengatasi masalah itu.



Zizi pernah diejek pendek dan hitam pada zaman sekolah.

"Macam-macam ejekan yang saya dapat masa awal masuk sekolah menengah... diejek sebab pendek, hitam, gigi jongang.

"Tapi lama-lama dah biasa, dah tak ambil kisah, dalam tak ambil kisah tu pun, ada masa juga saya akan bagi pengajaran untuk si tukang ejek.

"Jadi, siapa yang selalu diejek atau dibuli, tetap semangat!" ujarnya.

Perempuan la yang paling suka mengejek saya dulu

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Lebih menghairankan, kata Zizi, dia diejek oleh sekumpulan pelajar perempuan sehingga membuatkannya lebih selesa berkawan dengan lelaki.

Zizi juga menyedari terdapat rakan-rakan yang hanya berpura-pura mahu berkawan, namun tidak boleh menerima kejayaan yang dicapainya.

"Perempuan la yang paling suka mengejek saya dulu, sebab tu sampai sekarang saya sangat memilih berkawan dengan perempuan.

"Tak ramai tak apa, janji tak bercampur dengan orang-orang toksik.

"Kadang-kadang ada yang mengaku kawan baik, walhal tak boleh terima kalau kawan baik kau ada kelebihan sedikit...kesian!

"Eh, jangan terasa kalau tak betul," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zizi Kirana

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain