suria

Rumah tangga Rozi dengan abang Siti Nurhaliza berakhir dua tahun lalu - “Ramai tanya kenapa tak letak gambar suami”

Rozi mengesahkan dia dan abang kepada Siti Nurhaliza iaitu Ayie sudah bercerai dua tahun lalu.

DALAM diam, rupa-rupanya pengurus kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Rozi, 46, mengesahkan rumah tangga dia dengan abang kepada Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie berakhir sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah maklumkan seminggu awal” - Kejutan Siti Nurhaliza di pentas AJL34 bukan gimik saat akhir

Menerusi rakaman video temu bual bersama sebuah majalah yang dimuat naik di Instagram, Rozi memberitahu dia menerima banyak pertanyaan berhubung status rumah tangganya.

Rozi memuat naik video pendedahan mengenai status rumah tangganya.

"Mungkin tak semua orang tahu dan ramai yang tanya mana suami, kenapa tak letak gambar dia. Sebenarnya status saya sekarang adalah ibu tunggal.

"Kami sudah berpisah hampir dua tahun lalu. Sebelum kami ke mahkamah untuk memutuskan perpisahan, rakan serta keluarga terdekat sudah mengetahui itu jalan terbaik untuk kami," katanya.

Menerusi kapsyen di video tersebut, Rozi berkata dia sememangnya kurang bercerita mengenai hal peribadi namun terbuka untuk berkongsi motivasi dan inspirasi.

Rata-rata netizen di ruang komen tersebut memuji Rozi seorang wanita yang kuat dan mendoakan agar dia sentiasa berbahagia dengan anak-anak.

Sebelum kami ke mahkamah untuk memutuskan perpisahan, rakan serta keluarga terdekat sudah mengetahui itu jalan terbaik.

ROZI ABDUK RAZAK

PENGURUS SITI NURHALIZA

Dalam pada itu, Rozi memberitahu biarpun bergelar ibu tunggal namun dia tetap bekerja keras untuk memastikan anak-anak mempunyai masa depan yang baik.

"Bila kita bergelar ibu tunggal dan hidup tanpa pasangan, sudah tentu ada cabarannya. Tapi ketika saya masih ada pasangan, saya seorang sangat berdikari.

"Alhamdulillah, saya ada kerja tetap dan bila jadi ibu tunggal, saya masih teruskan apa yang saya buat. Cuma, cabarannya nak pikul semua seorang diri.

Rozi mahu memberikan kehidupan yang baik untuk anak-anak.

"Anak-anak pula ketika itu sedang membesar dan perlu perbelanjaan yang banyak, jadi saya tak boleh berada satu tahap saja.

"Saya perlu cari peluang dan sumber untuk menjana ekonomi supaya anak-anak ada masa depan yang baik. Saya tak nak status kita ini buat anak rasa terabai," ujarnya.

Hasil perkongsian hidup Ayie dan Rozi, mereka dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Artikel Lain