suria

Aeril Zafrel 'hangus' RM150,000 jika batalkan penerbangan ke Eropah, netizen suruh solat istikharah - “Kesihatan dan kewangan mana lebih utama?”

Aeril dan Wawa dalam dilema nak meneruskan percutian ke Eropah.

PENULARAN wabak Covid-19 yang semakin serius membuatkan pelakon Aeril Zafrel dalam dilema untuk meneruskan perancangan bersama isterinya Wawa Zainal ke Eropah pada Ahad ini.

Aeril, 32, berkata dia akan kerugian hampir RM150,000 jika ingin membatalkan perjalanan itu memandangkan tiket penerbangan tidak dapat ditunda ke tarikh yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rambut panjang macam pengemis, baju tak gosok... selekeh!” - Wawa Zainal dan Aeril Zafril teruk dihentam netizen, siap dilabel tolol

"Minta pandangan... saya, isteri dan team sepatutnya pergi ke Eropah Ahad ini. Tapi pihak agensi kata tak boleh tunda atau pulangkan wang.

Aeril meminta pandangan daripada netizen di Instagram.

"Sebab kami pergi bersama kumpulan. Jadi kena pergi juga, airline tak bagi tukar tarikh katanya.

"Memang tak boleh tukar tarikh ke airline ini? Macam mana ya? Kalau tak pergi pula, mahu kena burn hampir RM150,000," katanya.

Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini memuat naik status bertanyakan pendapat daripada netizen di laman Instagramnya.

Memang tak boleh tukar tarikh ke airline ini? Macam mana ya?

AERIL ZAFREL

PELAKON

Rata-rata netizen berpendapat Aeril sepatutnya membatalkan niat untuk ke negara yang mempunyai jumlah tertinggi kadar jangkitan virus tersebut.

"Duit boleh dicari, tapi kesihatan harus diutamakan. Memang rasa sedih sebab banyak tu RM150,000 dan mungkin boleh tanya kepada yang lebih pakar.

"Eropah kawasan mana tu? Kalau Itali memang tak boleh sebab wabak berleluasa di sana. Solat istikharah tanya pada Allah antara kesihatan dan kewangan yang mana lebih utama?

Aeril dan Wawa sepatutnya akan ke Eropah pada Ahad.

"Bahaya tu sekarang Covid-19 dah diisytihar Pandemik. Lebih baik fikir betul-betul. Semoga dipermudahkan ya," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, pengacara TV Fedtri Yahya turut menasihati Aeril untuk tidak meneruskan perancangan itu memandangkan keadaan semakin teruk.

"Semakin teruk. Takut kalau nasib tak baik (nauzubillah min zalik), kena kuarantin atau sekatan yang menyusahkan di kemudian hari," katanya menerusi ruang komen status itu.  

Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Covid-19

Artikel Lain