suria

Peluang miliki barangan peribadi Wany Hasrita, Afieq Shazwan dan Haqiem Rusli dalam segmen 'Jom Pow Selebriti Suria'

Antara selebriti yang terlibat dalam Jom Pow Selebriti Suria.

SELEPAS mendapat sambutan menggalakkan, segmen Jom Pow Suria dikembangkan lagi kepada Jom Pow Selebriti Suria.

Menerusi segmen itu, pendengar berpeluang mendapatkan barangan peribadi milik penyanyi Wany Hasrita, Afieq Shazwan dan Haqiem Rusli.

Segmen itu akan disiarkan secara langsung di Facebook Suria Malaysia selama satu jam bermula 9 malam pada Jumaat ini.

Penyampai Sharifah Shahira, Tyzo dan Suraya dalam Suria Petang.

Nantikan juga Jom Pow Selebriti Suria dengan selebriti seperti Luqman Faiz, Sufian Suhaimi dan Fara Hezzel pada 18 Mac depan.

Dalam pada itu, Suria turut memperkenalkan peraduan “Suria bagi Duit..Huntonglah!” sepanjang bulan Mac ini bermula pada 9 Mac hingga 27 Mac. 

Pendengar berpeluang menangi sebahagian wang tunai bernilai bernilai RM25,000 dengan hanya menjadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil.

Pemanggil pertama perlu menjawab lima soalan dalam masa 30 saat menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria/Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta

Setiap jawapan bernilai RM250 dan pemenang akan memenangi wang tunai berdasarkan jumlah jawapan yang betul.

Artikel Lain