suria

“Tiada niat raih populariti!” - Usia meningkat, jodoh tak kunjung tiba punca Hafiz Hamidun ambil anak angkat

USIA yang mencecah 36 tahun menjadi punca penyanyi Hafiz Hamidun membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat.

Hafiz berkata, hasrat untuk menerima kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Hamdee Abdul Hafiz itu disambut baik keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun sudah jadi ayah - “Semoga amanah dari Allah ini dapat saya jaga dengan penuh kasih sayang”

"Umur pun dah meningkat dewasa tambahan jodoh yang ditunggu tak kunjung tiba sehingga kini.

Hafiz kini bergelar bapa.

"Sabtu lalu saya ada menyuarakan hasrat nak ambil anak angkat tiba-tiba keesokan harinya saya dapat panggilan daripada satu pihak menawarkan seorang bayi yang mencari keluarga angkat.

"Alhamdulillah, semua urusan dan proses untuk mengambil anak angkat selesai pada Isnin dan saya terus bergelar bapa,” kata Hafiz kepada mStar.

Hafiz mendedahkan perkara itu dalam satu sesi pertemuan khas bersama pihak media di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar pada Rabu.

Dalam pada itu Hafiz menegaskan niatnya untuk bergelar bapa tiada terkait dengan dakwaan mahu menjual populariti anak angkatnya itu di media sosial.

Hafiz mahu jaga anak angkatnya dengan baik.

Bagaimanapun, Hafiz berkata, dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah bayi tersebut dalam masa terdekat.

Dia juga tidak berniat meraih publisiti atau menjual populariti bayi tersebut di media sosial.

"Niat saya hanyalah ingin menjadi bapa yang baik kepada Hamdee Abdul Hafiz, tiada niat nak jadikan tarikan ataupun raih populariti di media sosial.

"Jadi selepas ini jika ada jodoh dengan mana-mana wanita, dia haruslah dapat menerima kehadiran Hamdee dalam hidup saya,” tambah Hafiz.

Terdahulu, Hafiz menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambar seorang bayi dengan kapsyen yang seakan mengakui sudah bergelar bapa.

Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.

Hafiz Hamidun, anak angkat

Artikel Lain