Hafiz Hamidun sudah jadi ayah - “Semoga amanah dari Allah ini dapat saya jaga dengan penuh kasih sayang”

Hafiz Hamidun berkongsi kegembiraan menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram.

PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun berkongsi berita gembira apabila memuat naik sekeping foto seorang bayi menerusi akaun laman Instagram pada Selasa.

Menerusi kapsyen tersebut, penyanyi lagu Jodoh berdua memberitahu bahawa dia menerima amanah dari Allah dan akan menjaga bayi tersebut dengan penuh kasih sayang.

"Semoga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang.

"Dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna," tulisnya.

Hafiz turut mengumumkan nama bayi itu sebagai Hamdee Hafiz dan mewujudkan sebuah akaun Instagram khas untuk anak angkatnya itu.

Hafiz berharap boleh menjaga Hamdee dengan baik.

Sementara itu, penyanyi lagu Kasih Padamu ini ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkongsiannya itu.

"Segalanya dipermudahkan dalam urusan ini. Saya tak nak ulas lanjut, Insya-Allah akan dimaklumkan kemudian" ujarnya.

Rata-rata netizen mengucap tahniah dan mendoakan kebahagiaan untuk Hafiz dan bayinya itu.

"Tahniah... semoga membesar dengan soleh berjaya dunia akhirat," tulis akaun Akma Zulkefli.

"Syukur alhamdulillah, semoga dipermudahkan," tulis akaun Aisyah.

Terdahulu, Hafiz pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa atau Siti Aripah Mohd Amin pada 1 Mei 2017, namun mengambil keputusan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Hafiz Hamidun

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16