suria

King Coco buat ‘come back’! Menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai - “Harap dia jadi pemimpin kelakar”

King Coco meraikan kemenangan ketika diumum menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai.

SELEBRITI media sosial King Coco sebelum ini cukup terkenal dalam kalangan netizen kerana bercakap dengan pelat mat salih.

Namun itu dulu, kini Coco atau Marshaira Ismail, 22, kembali menjadi bualan ramai selepas terlibat dalam politik menerusi parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Penglibatan Coco dalam politik mula dihidu netizen selepas satu poster kempen bagi merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak tersebar di media sosial sejak Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana tiru slang Inggeris King Coco dalam ‘Kampung People’ - “Tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam... saya pun meluat!”

Namun hasil semakan di Facebook Bagan Serai Kampung HalamanKu mendapati ibu kepada seorang anak itu sudah memenangi jawatan berkenaan apabila memperoleh 62 undi dengan menewaskan dua calon lain.

Keputusan berkenaan diumumkan pada Ahad lalu.

Poster kempen pencalonan King Coco mula tular sejak Selasa.

Seperti biasa netizen melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan berkenaan dan mula melahirkan pendapat masing-masing.

"Serius la dah menang? Ingat baru nak calon. Hahahhaa.

"King Coco buat come back. Harap dia jadi pemimpin yang kelakar.

"Level nak pilih ketua macam ni ke? Patut la politik Malaysia tidak berkembang," tulis beberapa netizen di Twitter.

Kelihatan King Coco berbaju kurung merah pada sesi pengumuman keputusan pemilihan Bahagian Bagan Serai pada Ahad lalu.

Sementara itu usaha mStar untuk mendapatkan reaksi Coco mengenai kejayaannya itu tidak berhasil apabila panggilan dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp tidak dijawab.

Sebelum ini King Coco menjadi bualan ramai apabila mengakui mempunyai banyak darah campuran keturunan.

Coco juga sudah berkahwin pada 2017 ketika berusia 19 tahun dan kini mempunyai seorang anak.

King Coco

Artikel Berkaitan

Artikel Lain