Neelofa dedah dua kali putus cinta bakar semangatnya untuk berjaya - “Saya bukan jenis duduk bilik menangis tengok gambar lama”

Neelofa pernah putus cinta dua kali sepanjang bergelar selebriti.

SIAPA tak kenal dengan Neelofa, bukan sahaja cantik, popular, malah berjaya dalam bidang perniagaan menerusi jenama tudungnya Naelofar.

Wanita berusia 31 tahun ini mendedahkan kejayaan dalam bidang perniagaan yang dikecapi hari ini bermula dari kisah putus cintanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab nak kahwin tapi jadual terlalu sibuk, Neelofa bakal bawa jenamanya ke Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa sangkal khabar angin kahwin tahun depan - “Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok bercinta”

"Sudah tentu saya pernah dilukai... saya memang dah plan nak cakap fasal benda ni cuma menantikan masa yang sesuai untuk berkongsi mengenainya.

Neelofa dilantik menjadi duta dan model bagi jenama antarabangsa.

"Sebenarnya masa mula-mula saya buat bisnes hijab dengan kanta lekap tu, memang saya tengah patah hati.

"Saya putus dengan ex-boyfriend saya ketika itu saya masih muda, baru 25 tahun dan masih tercari-cari identiti diri," katanya.

Neelofa bercerita mengenai perkara itu menerusi program temubual Trek Selebriti terbitan Astro.

Menurut pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini kesedihan yang dilalui itu membuatkan dia menghabiskan banyak masa bekerja di pejabat.

Disebabkan kekecewaan dan kesedihan saya ketika itulah saya gunakan ke dalam bisnes.

NEELOFA

PENGACARA

Katanya, setiap hari dia mula bekerja seawal pukul empat pagi selama beberapa bulan sehingga berjaya meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Disebabkan kekecewaan dan kesedihan ketika itulah saya gunakan ke dalam bisnes. Saya rasa perlu buat sesuatu, perlu fokus, saya duduk dekat office saja sampai pukul 4 pagi dan buat itu hari-hari sampai beberapa bulan.

"Saya nak buktikan kepada diri saya dan orang yang saya kenal masa tu, tanpa dia saya masih wanita yang kuat dan mampu lakukan sesuatu yang besar.

Neelofa kini merupakan antara usahawan selebriti yang paling berjaya.

"Kali kedua saya sekali lagi kecewa, saya rancang nak buat benda sama tapi sasaran saya kali ini adalah untuk capai kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya nak buktikan kepada bekas teman lelaki walaupun dia rasa dia cukup bagus, saya boleh buat lebih bagus dari dia.

"Saya bukan jenis yang duduk bilik dan menangis tengok gambar lama-lama semua, tidak. No... no... no," katanya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi positif dari netizen yang menganggap ia sebagai inspirasi buat mereka.

Lebih menarik apabila netizen dilihat turut cuba meneka siapakah gerangan bekas kekasih Neelofa memandangkan usahawan itu tidak pernah terbuka membicarakan mengenai perkara itu sebelum ini.

Neelofa, teman lelaki

Artikel Berkaitan

Artikel Lain