suria

Nabil Ahmad sedih, terkesan Ilya digam - “Dia masuk MLM nak guna duit untuk rawatan kencing manis”

Nabil Ahmad terkejut apabila mengetahui berita Pak Ya digam daripada membuat persembahan di Shah Alam.

BERITA pelawak Pak Ya atau nama sebenar Ilya Buang yang didakwa digam daripada membuat persembahan di Shah Alam mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan artis.

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad mengakui turut terkejut dan terkesan dengan nasib yang menimpa pelawak senior itu.

"Saya agak terkesan dan berharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik... kita semua tahu Pak Ya ada sakit kencing manis dan semoga dipermudahkan untuk dia terus mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: PH air punya hal... Ilya, Ropie dakwa dilarang buat persembahan di Shah Alam

ARTIKEL BERKAITAN: “Lu fikir sendiri kepala otak hang! Ingat kelakar?” - Nabil Ahmad berang individu 'block' kereta, minta fikir sendiri nombor telefon

"Dulu masa dia dijemput ke program MeleTOP saya tanya kenapa nak masuk Maharaja Lawak Mega... dia kata nak gunakan duit untuk bayar kos rawatan kencing manis.

"Apabila dengar berita dia kena gam bertambah kasihan dekat dia, mungkin isu lepas boleh dimaafkan, semoga dimurahkan rezeki untuk Pak Ya," katanya kepada mStar.

Pak Ya dikatakan digam selepas membuat persembahan di malam akhir MLM2019, bulan lalu.

Pada 25 Januari lalu, Ilya meluahkan rasa terkilan apabila namanya didakwa disekat pihak tertentu daripada membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam.

Menurutnya, isu berkenaan bermula kerana dialog di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 baru-baru ini bersama kumpulan Rare yang turut dianggotai Ajak Shiro dan Ropie yang dikatakan menyindir kerajaan.

Masing-masing ada pilihan untuk cakap sesuatu dan gunakan apa saja idea dalam melakukan aksi komedi kerana lawak ini bersifat subjektif!

NABIL AHMAD

PELAWAK

Dalam pada itu, Nabil turut menasihati rakan seperjuangannya agar lebih berhati-hati dalam memilih bahan komedi yang ingin disampaikan supaya ia tidak menjejaskan  pelawak itu sendiri.

"Masing-masing ada pilihan untuk cakap sesuatu dan gunakan apa saja idea dalam melakukan aksi komedi kerana lawak bersifat subjektif. Jika mendatangkan kebaikan, maksudnya ia adalah idea atau kenyataan yang baik.

Nabil harap pelawak lebih berhati-hati dalam memilih bahan komedi.

"Justeru, setiap yang dilakukan atau tuturkan ada implikasinya. Kalau lawak itu menjadi, maka akan jadilah. Kalau sebaliknya, pasti ada pihak yang akan rasa ia sebagai sesuatu yang salah," ujarnya.

Bercakap mengenai Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), Nabil memberitahu ini merupakan tahun ketujuh dia mengacarakan program tersebut.

Mengakui rasa janggal tanpa Neelofa, Nabil berharap akan ada kejutan daripada bekas pengacara itu pada malam AME2020 itu nanti.

Nabil dan Jihan Muse mengacarakan AME2020, April depan.

"Ini tahun ketujuh semestinya orang ramai akan letak harapan tinggi nak tengok macam-macam dan sebagai penghibur kita bukan sekadar perlu menghiburkan tetapi perlu beri sesuatu kepada penonton.

"Saya harap Neelofa boleh buat kemunculan istimewa contohnya tiba-tiba muncul semasa program itu bersiaran langsung.

"Kena ada elemen yang orang akan terperanjat, viral... rancang atau tidak, mesti kena ada sesuatu momen sepanjang program itu supaya jadi ingatan untuk semua," katanya.

AME 2020 menyaksikan Nabil dan Jihan Muse sebagai hos program.

Malam kemuncak bakal berlangsung pada 12 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Nabil Ahmad, Pak Ya

Artikel Lain