suria

“Lu fikir sendiri kepala otak hang! Ingat kelakar?” - Nabil Ahmad berang individu 'block' kereta, minta fikir sendiri nombor telefon

Nabil berang akan sikap seorang individu yang meletakkan kenderaan di belakang keretanya.

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad berang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan di belakang keretanya sehingga menghalang laluan keluar parkir kereta.

Lebih memburukkan keadaan apabila pemandu itu seakan-akan mencabar kesabaran selebriti itu dengan meninggalkan sekeping nota tulisan tangan yang meminta pelawak itu memikirkan nombor telefonnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasanya tak beri kesan pun” - Nabil Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pening’ punya hal, Nabil Ahmad ditawar jadi duta produk sakit kepala

“Nombor telefon, lu fikir sendiri,” tulis pemandu terbabit.

Antara nota yang ditinggalkan individu terbabit.

Nabil menganggap tindakan individu tersebut bukan sesuatu yang boleh dibuat lawak.

“Kurang ajar namanya. Ingat kelakarkah? Lu fikir sendiri kepala otak hang!” katanya.

Insiden itu dikongsikan Nabil menerusi beberapa posting berserta kapsyen di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Sementara itu, isteri Nabil iaitu Nazirah Ayub menganggap ia gurauan kasar yang dibuat seseorang yang mengenali suaminya itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya menunjukkan pelawak itu turut membunyikan hon berkali-kali.

Kurang ajar namanya. Ingat kelakar kah? Lu fikir sendiri kepala otak hang!

NABIL AHMAD

PELAWAK

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berkenaan tidak muncul.

Menerusi video kedua, Nabil dilihat terpaksa menolak kenderaan itu selepas menyedari brek tangan kereta itu tidak ditarik.

“Pemilik tak muncul. Cerita dia memang aku terkena. Aku geram!” tulisnya lagi.

Nabil Ahmad, parkir kereta

Artikel Berkaitan

Artikel Lain