suria

“Sampai ada nak terajang, tampar, tendang TV” - Fasha Sandha sedih dimaki netizen

Fasha Sandha terima ugutan gara-gara watak antagonis yang dilakonkannya.

GARA-GARA membawakan watak antagonis dalam drama bersiri Semua Salahku, pelakon Fasha Sandha menerima ugutan di laman sosialnya. 

Cerita Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, segelintir penonton terlalu emosi terhadap watak Sofhi sehingga ada yang memberi komen ingin mencederakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Janji selalu ada masa dengan suami” - Hasrat Fasha Sandha perlahankan kerjaya selepas kahwin belum terlaksana

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha buat kejutan hamil, Aidil menangis kegembiraan

"Ada yang nak terajang, ada yang nak tampar, ada yang tendang TV, haih... betul-betul marahkan Sofhi ni nampaknya.

"Aduh, sampai saya kena carut... emosinya penonton Semua Salahku.

Fasha memegang watak sebagai Sofhi dalam drama Semua Salahku.

"Kesayanganku, itu adalah watak yang dimainkan dan saya berharap cerita ni dapat bagi pengajaran buat penonton," tulisnya.

Fasha berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Aktres ini berkata, apa yang dilakonkan itu adalah sebuah dakwah dan menjadi salah satu cara dia beramal.

Kesayanganku, itu adalah watak yang dimainkan dan saya berharap cerita ni dapat bagi pengajaran buat penonton

FASHA SANDHA

Pelakon

"Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan ya kesayanganku.

"Bak kata ibu (sifu saya dalam lakonan) mungkin ini cara kami untuk berdakwah.

"Apapun, terima kasih penonton setia kesayanganku. Sedih tau kena maki," katanya.

Drama tersebut mengisahkan tentang Sofhi, seorang ibu tunggal yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya iaitu Haris selain turut menderhaka terhadap ibunya, lakonan Fauziah Nawi.

Drama Semua Salahku kini memasuki episod ke-10 bersiaran di slot Lestary TV3 menampilkan barisan artis seperti Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Fauziah Nawi, Syed Aiman dan ramai lagi.

Fasha Sandha, Semua Salahku

Artikel Lain