suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aiman Hakim, Zahirah umum nikah Februari tahun depan, tapi belum ada tarikh

Aiman dan Zahirah bertunang pada 8 Jun lalu.

DUA bulan mengikat tali pertunangan pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Februari tahun depan.

Aiman, 30, berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah sidang media yang berlangsung pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim bertunang di Perth


Pasangan ini umumkan bakal berkahwin Februari tahun depan.

"Untuk menjawab teka-teki dan ramai media yang bertanya tentang perkara ini, jadi ini pertama kali saya umum yang mana tarikh sebenar belum ada, tapi ia mungkin terjadi pada Februari 2020. Insya-Allah " ujarnya.

Majlis pengumuman itu turut dihadiri bapa Zahirah iaitu pelakon Zainol MacWilson.

Sebelum ini, Aiman dan Zahirah bertunang pada 8 Jun lalu di kediaman wanita itu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalinkan hubungan cinta.

Artikel Lain