suria

Adik juara 'Mentor 6' Puteri Caroline ditemui mati, dipercayai ditikam teman lelaki

Adik Puteri Caroline iaitu Lady Caccabella ditemui mati dengan kesan tikaman di perut.

NAMA protege Ella dalam Mentor musim keenam (Mentor 6) Puteri Caroline kembali menjadi sebutan ramai apabila adik perempuannya Lady Caccabella Mohamad Kamel, 24, ditemui mati dipercayai akibat ditikam oleh teman lelaki pada Selasa.

Menerusi laporan New Straits Times, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Padang Balang Sentul, Kuala Lumpur.

Adiknya yang bertugas sebagai pelatih polis bantuan di Jabatan Sekuriti Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan tikaman pada perut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sifat Misteri Puteri Caroline Pikat Hati Ella

ARTIKEL BERKAITAN: Ella & Puteri Caroline Saling Kongsi Kisah Peribadi

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 5.52 petang Selasa.

Adik perempuan Puteri Caroline bertugas sebagai pelatih polis bantuan di Jabatan Sekuriti Prasarana Malaysia Berhad.

Lebih mengejutkan, seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga teman lelaki mangsa berada di tempat kejadian muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai.

“Seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga teman lelaki mangsa berada di tempat kejadian muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai.

"Suspek dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri,” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Rajab berkata, mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga teman lelaki mangsa berada di tempat kejadian muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai.

SUPERINTENDAN RAJAB AHAD ISMAIL

KETUA POLIS DAERAH WANGSA MAJU

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Puteri Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel memuat naik posting surah Al-Fatihah ke laman Facebooknya.

"Ya Allah... Permudahkanlah segalanya. Amin," tulisnya ringkas.

Rata-rata pengikut Facebook bekas peserta bintang realiti itu turut memberi kata-kata semangat dan ucapan takziah kepada keluarganya atas kehilangan itu.

Protege kepada Ella itu meraih gelaran juara program Mentor musim keenam yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dengan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta trofi.

Artikel Lain