suria

“Teguran seolah-olah kami di set bodoh belaka” - Pengarah Adellea Sofea sudah habis ribuan ringgit untuk babak di hospital

Pengarah drama Adellea Sofea dapatkan nasihat pakar sebelum menjayakan babak di hospital.

BIARPUN drama Adellea Sofea sudah berakhir, namun salah satu babak yang dilakonkan oleh Ungku Ismail ketika sedang terlantar koma di hospital menjadi bahan perbualan penonton.

Babak tersebut menarik perhatian netizen apabila dikatakan tidak menggunakan alat perubatan yang betul untuk pesakit yang sedang koma. 

Menjawab kritikan tersebut, pengarah Adellea Sofea iaitu Shahrulezad Mohameddin memberitahu mereka sudah mendapatkan nasihat pakar sebelum memulakan penggambaran babak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib kaulah Fizo! Orang lain berlakon beribu-ribu ‘follower’ masuk, Fizo Omar pula hilang 5,000 pengikut kerana watak Ikram dalam Adellea Sofea

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap hari saya makan kek batik!” - Ungku Ismail amal diet pelik dalam drama Adella Sofea untuk tambah berat badan

"Semasa penggambaran babak yang melibatkan Fir lakonan Ungku Ismail ketika koma, kita orang bukan buat suka-suka hati saja dengan peralatan yang ada. Sebenarnya untuk babak tersebut, produksi mengeluarkan hampir ribuan ringgit sehari hanya untuk khidmat nasihat cara menggunakan alatan perubatan untuk kes koma. 

"Apa yang anda tengok kat televisyen itu adalah atas nasihat pakar, bukan saya suka hati datuk nenek nak pakai pada Fir, semua itu dibawah pengawasan pakar terbabit.

Shahrulezad jawab kritikan yang ditulis netizen di laman Instagram.

"Masalahnya dekat sini apabila ada spesis penonton Melayu yang memang sengaja suka mencari kelemahan drama tempatan dan mengembar-gemburkan isu demi mendapat perhatian, cara teguran pula menyakitkan hati seolah-olah kami di set itu bodoh belaka, padahal dia sendiri tak ikut cerita ini dari awal terus kritik berdasarkan satu babak," katanya menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Shahrulezad turut berkongsi paparan skrin status yang ditulis seorang wanita di laman Facebook.

Komen kasar sebeginilah kadang-kadang buat penggiat drama give up nak sentuh drama yang berkaitan dunia perubatan disebabkan perangai sesetengah netizen macam ni yang rasa kita orang pembikin drama ni bodoh-bodoh belaka!

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Individu tersebut mendakwa, drama berkenaan menggunakan alatan perubatan yang salah untuk digunakan oleh seorang pesakit yang sedang koma.

Sementara itu, Shahrulezad mengakui kesal dengan tindakan segelintir penonton yang hanya gemar mencari silap orang lain dan menulis komen tidak membina.

Ujarnya, tindakan sedemikian menyebabkan penggiat seni tidak berminat untuk menghasilkan drama berkaitan dunia perubatan.

Peminat puji lakonan mantap Ungku Ismail dan Mira Filzah.

"Komen kasar sebeginilah kadang-kadang buat penggiat drama give up nak sentuh drama yang berkaitan dunia perubatan disebabkan perangai sesetengah netizen macam ni yang rasa kita orang pembikin drama ni bodoh-bodoh belaka. 

"Ya, memang bidang perubatan ni bukan bidang kami sebab tu kami tak kisah keluarkan bajet lebih untuk memastikan kami tak buat silap... tapi tetap ada yang kena.

"Untuk itu, saya menyeru semua penggiat drama Malaysia tak payahlah kita dekati cerita yang ada kena mengena dengan hospital ni sebab kita berhati-hati macam mana sekali pun dalam pembikinan tetap kita juga kena balik. Kalau aku tahu nak jadi macam ni baik aku hantar Fir yang koma tu bawa jumpa bomoh lagi bagus, tak melibatkan peralatan perubatan segala bagai," ujarnya.

Drama Adellea Sofea telah melabuhkan tirai pada malam Selasa setelah bersiaran menerusi slot Akasia (TV) selama 28 episod.

Selain Ungku Ismail, ia turut dibintangi oleh Mira Filzah, Jasmine Suraya, Fizo Omar dan Bella Dally.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19