suria

Yonnyboii ubah lagu demi Zynakal - “Ketika itu dia sedang sedih dan bermasalah”

Hubungan persahabatan antara Yonnyboii dan Zynakal mula terjalin sejak setahun yang lalu.

PENYANYI rap baharu iaitu Yonnyboii memberitahu pada awalnya lagu duet bersama penyanyi Zynakal berjudul Sakit sepatutnya dinyanyikan secara solo.

Bagaimanapun, menurut Yonnyboii, 21, penyanyi berkenaan berminat untuk berkolaborasi dengannya selepas mendengar lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Zynakal hancur disebabkan kesilapan sendiri - “Penat saya mendaki tapi jatuh semula”

"Lagu itu saya memang cipta secara ikhlas untuk Zynakal yang ketika itu saya lihat dia sedang sedih berhadapan dengan pelbagai masalah.

Yonny cipta lagu khas buat Zyn secara ikhlas.

"Sebenarnya tajuk asal lagu Sakit itu adalah Zyn Jangan Sedih dan sepatutnya saya menyanyi secara solo tapi lepas saya beri Zyn dengar lagu itu, dia suka pula.

"Zyn berminat nak beri idea dari segi penambahan lirik yang menceritakan luahannya. Jadi, kami buat keputusan untuk menyanyikannya secara duet," katanya kepada mStar.

Yonnyboii ditemui ketika sidang media pelancaran lagu Sakit duet bersama Zynakal di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kami berdua masih orang baharu dalam industri, untuk dibandingkan dengan Malique itu memang sangat jauh.

YONNYBOII

PENYANYI RAP

Lagu ciptaan mereka berdua itu sudah mencecah lebih 4 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube pada 20 Disember tahun lalu.

Lirik lagu tersebut mendapat pujian namun ada juga segelintir netizen membuat perbandingan mereka dengan penyanyi rap terkenal iaitu Malique.

Dalam pada itu, Yonnyboii dan Zynakal mengakui perjalanan mereka dalam industri masih jauh untuk dibandingkan dengan Malique.

Yonny jadikan Malique sebagai idolanya.

Biarpun menjadikan Malique sebagai idola namun bagi Yonnyboii, setiap orang mempunyai karya tersendiri.

"Kami berdua masih orang baharu dalam industri, untuk dibandingkan dengan Malique itu memang sangat jauh.

"Memang kami menjadikan dia sebagai idola. Tapi bagi saya, masing-masing ada kelebihan dan karya tersendiri," ujarnya. 

Yonnyboii, Zynakal, Malique

Artikel Lain