“Ramai mesej saya marah-marah!” - Penerbit buku akhirnya cerita punca sebenar Puteri Balqis terpaksa jual puisi di jalanan

Puteri Balqis jual buku di sekitar Kuala Lumpur.

PENERBIT puisi 38 Poems of Puteri Balqis iaitu Aini Marhana atau dikenali sebagai Hanna Lola kesal apabila terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan niatnya membantu pelakon Puteri Balqis yang berdepan dengan kesukaran hidup.

Aini berkata, dia menerima banyak mesej daripada individu yang marah dan turut mempersoalkan mengapa dia membiarkan Puteri Balqis atau Aqish untuk menjual sendiri buku puisi itu secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sebak... kesempitan hidup dapat perhatian masyarakat - “Tiada apa yang malu nak dikongsikan”

"Niat saya memang nak membantu Aqish supaya mereka boleh menampung kehidupan. Malangnya buku puisi yang dijual secara dalam talian tiada sambutan sehingga Aqish dan ibunya berusaha untuk jual secara langsung.

"Namun selepas cerita kisah hidupnya tular, ramai pula yang mesej saya dan marah-marah sebab benarkan Aqish yang tidak sihat itu keluar sendiri jual buku. Hakikat sebenarnya mereka tidak tahu. Saya keluarkan modal sendiri untuk terbitkan 1,000 nakshah pertama dan keuntungan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka.

 Aini Marhana mahu bantu Puteri Balqis.

"Sekiranya tidak dapat membantu daripada segi kewangan dengan membeli buku, sekurang-kurangnya berilah moral support" ujarnya kepada mStar.

Aini bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membeli dan membuat sumbangan kepada remaja itu.

Katanya, buku puisi itu sudahpun terjual sebanyak 500 naskhah bagi keluaran pertama.

Sementara itu Aini berkata, mereka dalam perancangan untuk menerbitkan buku puisi edisi bahasa Melayu dalam masa terdekat.

"InsyaAllah memang kami ada perancangan untuk terbitkan buku bahasa Melayu, ia bukan alih bahasa daripada puisi lama tapi karya baharu daripada Aqish," ujarnya.

Selepas cerita kisah hidupnya tular, ramai pula yang mesej saya dan marah-marah sebab benarkan Aqish yang tidak sihat itu keluar sendiri jual buku.

AINI MARHANA

PENERBIT BUKU

Dalam pada itu Aini menyifatkan Puteri Balqis, 13, sebagai seorang remaja yang tabah dan matang dalam menempuhi ujian hidup.

Katanya, dia mengenali remaja itu dan ibunya Norashikin Mohd Aziz ketika sama-sama berniaga di bazar Uptown kira-kira 10 tahun lalu.

"Saya kenal rapat dengan Aqish dan ibunya sejak lebih 10 tahun lalu, sampai ada yang sangka saya ibu Aqish dan minta keizinan untuk bergambar," ujarnya.

Pada Ahad lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program itu, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung kehidupan.

Puteri Balqish, Penerbit

Artikel Berkaitan

Artikel Lain