“Finas sedang cari sokongan” - Hans Isaac mahu bela isu perubatan, pendidikan Puteri Balqis - Hiburan | mStar

“Finas sedang cari sokongan” - Hans Isaac mahu bela isu perubatan, pendidikan Puteri Balqis

Hans maklumkan Finas akan meneliti bantuan sesuai untuk Puteri Balqis.

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac meminta pasukannya memberikan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban hidup pelakon cilik, Puteri Balqis.

Hans berkata, pihaknya kini sedang menyediakan dokumentasi lengkap bagi menyalurkan bantuan terutamanya pendidikan dan kesihatan.

"Selepas ramai tag saya di media sosial, saya meminta pasukan Finas untuk melihat masalah yang dihadapi oleh Puteri Balqis. Saya gembira untuk mengatakan bahawa pada masa ini kami sedang mencari sokongan sewajarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sebak... kesempitan hidup dapat perhatian masyarakat - “Tiada apa yang malu nak dikongsikan”

ARTIKEL BERKAITAN: Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda - “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”

"Sebagai agensi, kita memerlukan kelulusan dengan dokumentasi yang betul sebelum memberi sebarang sokongan kepada mana-mana individu. Sebarang sokongan kewangan akan dibayar terus kepada pihak ketiga untuk pendidikan atau bil perubatan," katanya.

Hans memaklumkan mengenai tindakan susulan yang bakal diambil oleh Finas itu menerusi Instagram pada Rabu.

Hans Isaac sedang meneliti bentuk bantuan yang sesuai untuk Puteri Balqis.

Pada Ahad lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program itu, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung kehidupan.

Sementara itu, Hans berkata dia menghubungi stesen penyiar TV3 dan Astro dalam mencari solusi terbaik membantu meringankan beban pelakon drama Akulah Balqis itu.

"Saya bercakap dengan Astro dan Media Prima untuk menyokong adik Balqis dan ada sumber memberitahu baki buku puisi nukilan Balqis iaitu 38 Poems by Puteri Balqis habis dijual.

Kisah hidup Puteri Balqis menarik perhatian masyarakat.

"Mereka bercadang untuk mencetak 250 lagi buku untuk memenuhi permintaan semasa dan ibunya juga bercadang menghantar Balqis mengambil peperiksaan dan masuk kelas bahasa Inggeris serta mempertimbangkan untuk menghantar Balqis ke sekolah awam berdekatan," kata sumber.

Selepas kisahnya itu tular, beberapa jabatan kerajaan seperti Pusat Zakat Selangor turut menyatakan sokongan dan akan memberikan bantuan sewajarnya.

"Setelah kami menyiarkan berita tentang Balqis, banyak pihak menyatakan sokongan untuk membantu termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

"Pusat Zakat Selangor turut menyatakan minat mengambil Balqis sebagai penceramah motivasi untuk program kanak-kanak dan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan Media Prima untuk membantu Balqis menjual buku dengan saluran yang betul," tambah sumber itu seperti yang dimaklumkan Hans.

Hans Isaac , Puteri Balqis

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain