“Ramai wanita mat salih cuba dekati saya” - Wak Doyok tak mencari cinta, serah pada ibu tolong cari jodoh - Hiburan | mStar

“Ramai wanita mat salih cuba dekati saya” - Wak Doyok tak mencari cinta, serah pada ibu tolong cari jodoh

Wak Doyok akui ramai wanita mat salih cuba mendekati dirinya.

BIARPUN usianya sudah mencecah 40 tahun, pelakon dan personaliti laman sosial Wak Doyok enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Wak Doyok, dia kini masih dalam proses mencari pasangan yang sesuai selain mengakui ramai wanita mat salih cuba mendekati dirinya.

"Buat masa sekarang saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.

Wak Doyok masih mencari pasangan yang sesuai dengannya.

"Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu, cuma mereka yang tak minat saya.

"Saya tidak mencari tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga," kata Wak Doyok kepada mStar.

Wak Doyok ditemui ketika sesi temu bual bersama mStar menerusi segmen What The! baru-baru ini.

Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

WAK DOYOK

PELAKON & PERSONALITI LAMAN SOSIAL

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini memberitahu selain memiliki wajah cantik, dia juga mahu bakal isteri yang tahu memasak.

Ikon fesyen terkenal ini juga berharap pasangannya itu nanti bukan seorang yang gemar melayari laman sosial serta menjadi terkenal.

"Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

"Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya... itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh, saya tak nak isteri yang aktif dalam laman sosial," ujarnya.

Wak Doyok

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain