suria

Mawar Rashid takut kena bedah buang cyst - “Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ovari sekali”

Mawar berhadapan masalah ketumbuhan sista pada ovari kiri selepas melahirkan anaknya pada Mac lalu.

PELAKON Mawar Rashid berkongsi kisah sedih apabila dia disahkan mengidap sista pada ovari kirinya (ovarian cyst) selepas melahirkan anak pertama pada Mac lalu.

Menurut Mawar, 24, hasil pemeriksaan terkini mendapati saiz cyst kini sudah membesar sehingga mencecah 4.5 sentimeter.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dijangkiti Influenza A, Mawar Rashid dan Raf sibuk di set lakonan - “Tak keruan kami shooting fikirkan tentang dia”

"Saya dapat tahu ada cyst pada ovari kiri selepas melahirkan anak pada Mac lalu. Ketika itu, saiznya hanya berukuran lebih dua sentimeter sahaja.

Mawar bertanya pendapat netizen yang mengalami pengalaman yang sama sepertinya.

"Doktor kata normal bagi wanita baru lepas beranak ada cyst dan ia akan hilang sendiri tapi kena sentiasa pantau sebab takut semakin aktif.

"Jadi, setiap bulan saya buat pemeriksaan dan sekarang, saiznya sudah mencecah 4.5 sentimeter," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Mawar meminta nasihat daripada netizen yang mempunyai pengalaman berhadapan masalah yang sama dengannya di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia dinasihati untuk menjalani pembedahan membuang cyst berkenaan jika sudah melebihi lima sentimeter.

Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ovari dan itu yang paling saya takut.

MAWAR RASHID

PELAKON

Doktor yang merawatnya turut memberitahu ada kemungkinan besar ovari Mawar perlu dibuang jika sista itu dibiarkan dan menjadi semakin besar.

"Doktor ada suggest, kalau dah lebih lima sentimeter kena buat pembedahan membuangnya tapi kalau tidak, cyst akan membesar dan melekat pada ovari.

"Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ovari dan itu yang paling saya takut. Kalau boleh saya memang tak nak lakukan pembedahan.

Mawar bersama suami dan anaknya.

"Sebab itu, saya ada bertanya pendapat di IG dan ramai yang beri cadangan untuk permulaan ini saya kena jaga pemakanan.

"Buat masa kini, saya nak cuba cara lain, mungkin berubat secara tradisional. Kalau lagi dua bulan tak okey, saya akan teruskan pembedahan itu," ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. 

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Berkaitan

Artikel Lain