suria

“Kenapa bukan saya yang pertama?” - Nazim Othman enggan terima watak kedua jika hero tak semenggah

Nazim tidak mahu mawa watak kedua jika pelakon utama hanya berdasarkan populariti.

PELAKON Nazim Othman meluahkan rasa kesal dan mempersoalkan tawaran memegang watak kedua berbanding menjadi pelakon utama.

Nazim, 35, berkata, dia hanya menerima tawaran sebegitu jika watak utama diberikan kepada pelakon yang lebih bagus dan layak daripada dirinya.

Lebih parah, kata Nazim, watak utama itu dipilih berdasarkan populariti semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia langsung tak seaneh seperti cerita orang” - Nazim Othman sangkal tanggapan Sheila Rusly garang dan bersuara ‘petir’ 

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah sangat... sehari hanya makan roti” - Nazim Othman kongsi pernah lalui kehidupan sukar 

"Second ? What second ? Kenapa bukan saya yang pertama? Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat yang pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan. 

Nazim kecewa jumlah pengikut di media sosial jadi kayu ukur bakat.

"Saya takkan bawa watak kedua untuk seseorang yang hanya popular tapi bakat dan disiplin entah ke mana," tulisnya di Instagram. 

Tambah Nazim, dia berasa kecewa apabila bakat selebriti itu diukur melalui jumlah pengikut di media sosial. 

Dia berkata, pengikut atau populariti yang bersifat sementara berbanding bakat sebenar yang ada pada seseorang pelakon.

"Sekarang ini, kebanyakan yang pertama tu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di platform media sosial. 

Nazim tak kisah bawa watak apa asalkan watak utama lebih baik darinya.

"Kalau macam ni lah bakat tu diukur, kita ni hanya takdir. Tak semestinya seseorang yang ramai followers tu betul-betul berbakat," tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Terima Aku Seadanya ini turut berbalas komen pengikutnya di laman sosial bahawa dia sentiasa bertolak ansur dengan bayaran namun akan mempertimbangkan tawaran watak kedua.

"Saya tak kisah play second, watak sikit pun saya buat kalau kuat karakternya. Bayaran pun banyak kali saya compromise tapi tengok keadaanlah. Yang first lead tu kena semenggah sikit for me to accept playing second or third. Itu saja," komennya.

Nazim Othman

Artikel Lain