Anak Ali Puteh kritikal selepas 12 jam pembedahan injap jantung terbalik - “Hanya mampu berdoa keajaiban Allah” - Hiburan | mStar

Anak Ali Puteh kritikal selepas 12 jam pembedahan injap jantung terbalik - “Hanya mampu berdoa keajaiban Allah”

Anak Ali selamat menjalani pembedahan injap jantung terbalik namun selepas itu, doktor sahkan ada mengalami komplikasi pada paru-paru.

SELEPAS menjalani pembedahan selama 12 jam berikutan masalah injap jantung terbalik pada Isnin, anak kepada pelawak Ali Puteh kini hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Menurut Ali, doktor mengesahkan anak keduanya yang diberi nama Sharifah Nur Ainul Mardhiah mengalami komplikasi pada paru-paru selepas selesai pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ali Puteh alami masalah injap jantung terbalik - “Jika ada rezeki menang MLS 2019, duit itu untuk rawatan anak”

"Buat masa kini, masih belum ada perkembangan positif. Selepas 12 jam jalani pembedahan betulkan injap jantung, Ainul mengalami komplikasi pada paru-paru pula.

Ali mohon peminat mendoakan bayi keduanya.

"Biarpun doktor sudah cuba sedaya upaya namun darah terlalu banyak masuk pada paru-paru. Sekarang Ainul bergantung pada mesin bantuan pernafasan 100 peratus.

"Doktor hanya beri 50-50 saja. Hanya mampu berdoa semoga ada keajaiban daripada Allah," kata Ali ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Ali meluahkan perasaan sedih terhadap keadaan anaknya yang mengalami komplikasi pada paru-paru selepas selesai menjalani pembedahan injap jantung terbalik pada Isnin di Instagramnya.

Biarpun doktor sudah cuba sedaya upaya namun darah terlalu banyak masuk pada paru-paru.

ALI PUTEH

Pelawak

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan agar anak perempuan Ali itu cepat sembuh.

Ainul kini masih dalam pemerhatian dan dirawat di Hospital Serdang.

Menerusi laporan mStar pada 28 Ogos lalu, Ali mendedahkan bayinya ketika itu sedang bertarung nyawa akibat mengalami masalah injap jantung terbaik dan jantung berlubang.

Ainul dirawat sejak Ogos lalu.

Sebelum ini, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu anaknya dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Khilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pada hari kelima bayi itu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.

Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia dua tahun. 

Ali Puteh

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain