Dazrin kurangkan berat badan setelah ditegur penerbit drama - “Tapi bukan guna dadah untuk kurus!” - Hiburan | mStar

Dazrin kurangkan berat badan setelah ditegur penerbit drama - “Tapi bukan guna dadah untuk kurus!”

Dazrin mengamalkan gaya hidup sihat untuk mendapatkan berat badan ideal.

TEGURAN seorang penerbit drama mengenai bentuk tubuhnya yang kelihatan agak berisi sebelum ini membuatkan pelakon Dazrin Kamarudin bersemangat menyahut cabaran bagi mendapatkan bentuk badan ideal.

Mengalami penurunan berat mendadak, Dazrin bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan barang terlarang untuk mendapatkan badan kurus.

"Ramai yang tegur saya kelihatan semakin kurus, sebenarnya saya hanya bersenam dan menjaga pemakanan. Selepas berkahwin, berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cium anak Dazrin? Tak ada masalah tapi jangan lebih-lebih

"Kesedaran untuk menurunkan berat badan ini datang dengan sendiri, lebih-lebih lagi apabila ada penerbit drama memberi tamparan kepada saya untuk kurangkan berat kerana saiz fizikal yang agak berisi menyukarkan untuk mendapatkan tawaran sebagai hero.

"Sebenarnya penurunan sebanyak 19 kilogram ini berlaku secara berperingkat, cuma mungkin sepanjang proses itu orang tak perasan dan ingin saya tegaskan saya tak guna barang terlarang seperti dadah untuk dapatkan badan kurus ya!," katanya kepada mStar.

Barisan pelakon filem Mahathir, The Journey.

Dazrin ditemui di majlis sidang media filem Mahathir, The Journey yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Filem Mahathir, The Journey mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

Bukan mudah untuk saya bawakan watak tokoh yang terkenal dan dia sangat popular sekarang dalam kalangan anak muda!

DAZRIN KAMARUDIN

Pelakon

Dalam naskhah tersebut, Dazrin bakal membawakan watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mengakui teruja membawakan watak tokoh politik muda tersebut, Dazrin berkata ia merupakan satu pengalaman baharu yang mencabar kerana perlu menyelami karakter seseorang yang benar-benar wujud.

Azhar Amir dan Fauziah Latiff membawakan watak utama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah.

"Sangat gementar sebab kita kena bawakan watak seorang menteri atau ahli politik yang masih hidup, takut kalau salah cara bawa akan memberi imej kurang baik.

"Bukan mudah untuk saya bawakan watak tokoh yang terkenal dan dia sangat popular sekarang dalam kalangan anak muda.

"Jadi saya banyak menonton Youtube melihat cara pertuturannya dan bagaimana dia berinteraksi bersama orang ramai, bagaimanapun saya sangat seronok dan teruja untuk membawa watak Yang Berhormat Syed Saddiq," ujarnya.

Selain Dazrin, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir membawakan watak Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).

Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini yang menelan bajet sebanyak RM6 juta akan memulakan penggambaran pada bulan Disember hadapan.

Dazrin Kamarudin

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain