Niat Sharifah Sakinah belanja pelajar tahfiz tonton wayang dikecam netizen, terpaksa padam foto elak kekecohan - Hiburan | mStar

Niat Sharifah Sakinah belanja pelajar tahfiz tonton wayang dikecam netizen, terpaksa padam foto elak kekecohan

Sakinah berkata tujuannya untuk mempromosi filem berkenaan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

NIAT baik pelakon Sharifah Sakinah membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton wayang filem seram Pusaka disalah erti segelintir netizen.

Menerusi ruang komen di foto Sakinah, 30, terdapat segelintir netizen yang berasa kurang senang melihat cara aktres itu menggembirakan pelajar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur acara fesyen tak hormat waktu solat, Sharifah Sakinah buka mulut... “I'm not religious tapi tolonglah perbaiki waktu rehat”

Malah, ada juga individu yang mempertikaikan tindakan pelakon telefilem popular Girlfriend Aku Dari Neraka ini memuat naik perkongsian tersebut.

Komen netizen yang kurang senang dengan cara Sakinah menggembirakan pelajar tahfiz.

"Subhanallah banyak lagi aktiviti yang boleh menggambarkan kebesaran Allah SWT tetapi bukan dengan perkara-perkara yang lagho (melalaikan) macam ini. Semoga diberi hidayah dan bimbingan dari Allah SWT.

"Maaf macam tak sesuai... bawa la mereka pergi tempat lain selain itu.

"Selepas itu... motif post?" komen beberapa netizen di Instagram.

Pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ini meluangkan masa bersama pelajar tahfiz itu sempena sambutan Maulidur Rasul pada Sabtu lalu.

Oh tak boleh, tak boleh, tak boleh. Saya akan cari anda, saya akan saman anda dan jumpa anda di mahkamah.

SHARIFAH SAKINAH

Pelakon

Adik kepada pengacara Sharifah Shahirah ini menegaskan dia tidak menyukai komen yang mempertikaikan perkongsiannya.

Sakinah juga berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang meninggalkan komen negatif.

"Saya sangat tidak kisah komen mengenai ketiak kedut, seksi, akhir zaman atau apa saja tapi jangan komen sesuatu yang macam 'motif kenapa nak kena post'.

Individu yang mempertikaikan tindakan Sakinah berkongsi perkara itu tampil memohon maaf.

"Oh tak boleh, tak boleh, tak boleh. Saya akan cari anda, saya akan saman anda dan jumpa anda di mahkamah," katanya menerusi Instastory.

Selepas beberapa jam, Sakinah telah memuat naik video seorang netizen yang tampil memohon maaf secara terbuka kepadanya.

Sakinah juga telah memadam foto dia bersama pelajar tahfiz selepas kekecohan di laman Instagramnya. 

Sharifah Sakinah , Pusaka

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain