Individu tuduh produk kecantikan Syatilla Melvin mengandungi bahan bahaya - “Hang silap besar fitnah periuk nasi aku” - Hiburan | mStar

Individu tuduh produk kecantikan Syatilla Melvin mengandungi bahan bahaya - “Hang silap besar fitnah periuk nasi aku”

Syatilla berang apabila ada individu memfitnah produknya mengandungi bahan kimia tanpa bukti di Twitter.

PELAKON Syatilla Melvin berang apabila seorang individu menyebarkan fitnah  mendakwa produk kecantikan keluarannya mempunyai bahan berbahaya untuk kulit.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, memuat naik paparan skrin status individu berkenaan dan menuntut permohonan maaf secara terbuka dilakukan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan sekarang dah hilang malu” - Syatilla Melvin dikecam gara-gara foto berbaur lucah

"Okay aku rasa dia main dengan silap orang. Siapa kenal perempuan ni? Hang silap besar sebab hang mention nama aku kat umum dan fitnah periuk nasi aku!

Netizen memuat naik status berbaur fitnah terhadap produk keluaran Syatilla.

"Aku nak hang respon dan minta maaf dalam masa terdekat! Bagi bukti yang kukuh sekali Jangan tunjuk sangat yang akal hang bubuh kat lutut! Sebelum aku sagat muka hang kat jalan dan saman, hang tolong respon.

"Aku akan besarkan benda ni kalau hang tak mai minta maaf dan tarik semua benda! Pengikut Tilla, tolong aku buat kerja sat cari mangkuk ni," tulisnya.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, individu itu akhirnya tampil memohon maaf kepada Syatilla atas kesalahan memfitnah tanpa bukti dan menarik balik semula kenyataannya.

Tempoh hari saya ada tweet mengenai produk Samtilla, saya minta maaf sangat dan dengan rendah hati saya membuat permohonan maaf ini kepada Syatilla atas kesalahan memfitnah produknya tanpa sebarang bukti.

Syatilla terima permohonan maaf individu yang memfitnahnya.

"Saya menarik balik semula kenyataan saya mengenai produk dia dan saya minta maaf atas tindakan kebudak-budakan," katanya.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Syifa Melvin ini memberitahu dia menerima permohonan tersebut dan berharap tiada lagi netizen yang menyalahgunakan platform laman sosial sehingga menjadi perkara seperti ini.

Terlajak perahu boleh undur balik, terlajak londeh kain, muka dapat malu. Media sosial teramat bahaya. Dalam seminit satu dunia boleh tahu semua!

"Saya terima permohonan maaf dia yang telah memfitnah saya. Semoga tidak berulang lagi,” ujarnya.

Syatilla Melvin

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain