“Anak sakit pun nak seronok, kritikal pun sibuk nak kurus” - Netizen tak senang Abby Abadi kongsi ‘posting’ bergembira - Hiburan | mStar

“Anak sakit pun nak seronok, kritikal pun sibuk nak kurus” - Netizen tak senang Abby Abadi kongsi ‘posting’ bergembira

Netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Abby Abadi memuat naik video sedang menyanyi di dalam kereta baru-baru ini.

PELAKON Abby Abadi kesal apabila segelintir netizen berasa kurang senang terhadap beberapa posting di laman sosialnya yang seolah-olah menggambarkan dia tidak berada dalam keadaan sedih.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, meskipun dia diuji dengan keadaan bayinya yang lahir pra matang dan kritikal, namun tidak bermakna dia perlu meratap kesedihan itu sepanjang masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi selamat lahir bayi lelaki pramatang, berat hanya 535 gram

ARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni jangan pergi jauh-jauh” - Anak Abby Abadi kritikal, 90 peratus bergantung pada mesin pernafasan

"Ada orang marah dekat gambar-gambar sebelum ni... tak boleh buat itu tak boleh buat ini.

"Anak sakit pun seronok-seronok, anak kritikal pun sibuk nak kurus... sampai video saya yang admin guna untuk Insta review pun kena hentam juga.

"Habis kalau anak sakit boleh buat apa sahaja? Meratap hiba?" tulisnya.

Posting pertama yang dimuat naik Abby mengundang rasa kurang senang netizen.

Abby berkongsi mengenai perkara itu melalui posting di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Abby sebelum ini dilihat sering berkongsi perkembangan semasa anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang dilahirkan pra matang di media sosial.

Namun dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas ini dilihat turut memuat naik beberapa posting menunjukkan dia sedang berkaraoke dan bergembira hingga membuatkan netizen mempersoalkan gelagatnya itu.

Tambah Abby lagi, dia dan keluarganya sudah pun melakukan yang terbaik untuk anaknya, atau dikenali dengan nama baby D dan menyerahkan segalanya kepada yang lebih pakar.

Habis kalau anak sakit boleh buat apa sahaja? Meratap hiba?

ABBY ABADI

Pelakon

Malah, aktres ini menjelaskan, tidak semua perkara mengenai anaknya itu perlu dikongsikan kepada umum.

"Sejujurnya bukan saya dan suami saja, kami seisi keluarga dah usahakan yang terbaik dah untuk bahagian kami. Yang lain kami serahkan pada pihak yang lebih arif dengan bantuan Allah.

"Jadi yang suka jadi juri awam tu tenang-tenang selalu ya. Tak dapatlah semua yang kami buat nak bersiaran disini. Hidup ini banyak tanggungjawab yang lain juga.

"Anak-anak pun ramai... jadi doakan yang baik-baik untuk orang lain, Insyallah doa yang baik itu akan kembali pada anda juga okey?

"Yang baik budi terus doakan untuk kami dan baby Danial okey. Maaf sangat-sangat tak dapat nak puaskan hati semua," ujarnya.

Sebuah lagi posting dimuat naik Abby mengundang kecaman netizen di media sosial.

Abby sebelum ini melahirkan bayi lelaki seberat 535 gram kira-kira pukul 10.45 pagi Jumaat di Hospital Sungai Buloh, Selangor secara pembedahan.

Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman itu merupakan hasil perkongsian hidup dengan Faizal Zakaria itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh sejak 27 September lalu.

Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.

Abby Abadi , Danial

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain