“Aku geram... imej dan nama kami ada harga!” - Nourul Wahab ajak rakan artis 'jangan baik hati sangat, saman peniaga produk kecantikan - Hiburan | mStar

“Aku geram... imej dan nama kami ada harga!” - Nourul Wahab ajak rakan artis 'jangan baik hati sangat, saman peniaga produk kecantikan

Nourul bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap usahawan yang menggunakan nama dan imej tanpa kebenarannya.

PENYANYI Nourul Wahab berang dengan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan nama serta gambarnya tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kecantikan di laman sosial.

Tegas Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, perbuatan itu disifatkan sebagai pencabulan haknya dan beberapa rakan selebriti lain yang turut menjadi mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak masuk akal” - Sheila Majid mengamuk 'majalah antarabangsa' tulis mahu berhenti menyanyi, jual produk

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab dedah tak solat sepenuh waktu tapi Allah tetap bantu

"Tak tau dah nak cakap macam mana dengan sikap ambil mudah setengah pengusaha produk dan peniaga. Ada yang kata bukan laku pun guna gambar artis. Tapi ternyata artis membantu juga kan?

"Artis makan, hidup atas angin ke? Bayar bil guna air ke? Ada sesetengah orang guna gambar-gambar kami sebagai bahan promosi produk yang mungkin boleh membantu perniagaan.

"Kami berniaga juga. Nama kami, imej dan trademark adalah bisnes kami. Guna nama kami bermakna menggunakan imej dan nama. Imej tu ada harga. Nama tu ada harga.

Nourul meluahkan rasa kesal terhadap individu yang menggunakan nama serta gambarnya tanpa kebenaran.

“Tarik orang ramai untuk menggunakan produk yang dijual dengan guna artis. Tapi digunakan tanpa kebenaran bagaikan “dicabul”," katanya.

Nourul meluahkan rasa kesal itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Selain itu, Nourul berkata dia tidak mahu memberi muka kepada mana-mana individu yang menggunakan imejnya bagi melariskan produk mereka.

Susulan itu Nourul menerusi Facebook miliknya turut menyeru kepada beberapa selebriti lain seperti Zizie Izette, Vanida Imran, Fasha Sanda dan Erra Fazira sekiranya mahu mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran buat usahawan berkenaan.

"Kalau anda ada produk, anda nak protect produk anda. Sama juga dengan kami, kena protect nama dan imej kami. Guna sewenang-wenangnya macam ni bukanlah satu sikap yang profesional. Sebab tu orang kata pengetahuan tu penting. Kalau tak tau, kita mungkin sesat.

Kita pun kalau buat bisnes kita nak berkat. Jadi jangan curi atau cabul hak orang lain untuk keuntungan sendiri!

NOURUL WAHAB

Penyanyi

"Kali ni saya akan ambil tindakan undang-undang. Sebab tak boleh bagi muka dah. Bukan untuk saya seorang, tapi untuk protect semua artis lain. Dalam masa yang sama bagi pengetahuan undang-undang sikit kepada mereka yang buta tuli ni. Jadi kita tengoklah apa kata peguam nanti.

"Aku geram! Ni baru kali kedua berlaku pada saya. Artis lain saya tengok dah banyak. Mungkin mereka tak tahu atau mereka 'sedekah'. Saya faham ada yang baik hati. Tapi biar lah berpada-pada nak baik pada mereka yang berniaga seperti ini. Kita pun kalau buat bisnes kita nak berkat. Jadi jangan curi atau cabul hak orang lain untuk keuntungan sendiri!" katanya.

Terdahulu, sebuah jenama produk kecantikan menggunakan beberapa gambar selebriti tempatan sebagai rujukan bagi rona kulit krim foundation yang dijualnya.

Gambar itu turut dikongsikan ke beberapa kumpulan di laman Facebook sehingga ia menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

Nourul Wahab , saman

Artikel Lain