suria

“Luah masalah di laman sosial cara terbaik saya selesaikan masalah” - Elly Mazlein kata jangan buat hal jika enggan diaibkan

Elly Mazlein lebih terbuka untuk berkongsi kisah peribadi di laman sosial.

PENYANYI dan pengacara Elly Mazlein menjelaskan dia bersifat terbuka untuk berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupan peribadi di laman sosial.

Elly juga beranggapan tindakan itu sebagai cara terbaik yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?

ARTIKEL BERKAITAN: Buah Dada Besar Kerana Rezeki Punyai Susu Kata Elly Mazlein

"Kadang-kadang kalau kita tak luah, orang tidak tahu.

"Seperti sedia maklum, kita hidup dalam bermasyarakat dan kalau sesuatu perkara itu tidak diperjelaskan ia mampu mengundang pelbagai isu.

"Saya percaya, berkongsi luahan di laman sosial itu suatu langkah bijak," ujarnya kepada mStar.


Elly turut memberi amaran sekiranya tidak mahu aib dibuka.

Ketika ditanya sekiranya tindakan itu seolah-olah mengaibkan segelintir individu, Elly atau lebih mesra menggelarkan dirinya Kak Lina Pom Pom punya jawapan tersendiri.

"Sekarang ni tak perlu nak cerita fasal aib sangat, kalau tak mahu diaibkan, jangan buat hal!" ujarnya.

Dalam pada itu, aktres ini turut meluahkan rasa sedih dengan pelbagai kontroversi yang melanda selebriti tanah air ketika ini.

Elly turut menasihati rakan-rakan artis untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cara terbaik.

"Macam-macam isu yang terjadi kebelakangan ini dan saya pun tumpang sedih.

"Walau bagaimanapun mereka sendiri harus memikirkan cara untuk selesaikan masalah itu.

"Kalau nak ikut cara terbaik ia seperti yang saya lakukan sebelum ini. Ternyata ia berjaya," katanya.

Elly Mazlein