suria

Sharnaaz Ahmad marah pelajar gelar cikgu 'pondan', hina guru perbuatan keji... “Shame on you girl”

SHARNAAZ bersyukur kerana didikan tegas guru-gurunya berjaya membentuk dia hingga berjaya menjadi seorang pelakon.

INSIDEN seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah berbirat akibat dirotan selepas dikatakan memanggil seorang guru lelaki sebagai “pondan” mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Tidak ketinggalan berkongsi pandangan berhubung isu berkenaan ialah pelakon Sharnaaz Ahmad yang mempertahankan tindakan guru terbabit.

Menurut Sharnaaz, setiap pelajar yang melakukan kesalahan wajar dihukum kerana ia merupakan salah satu proses untuk mendidik setiap pelajar menjadi lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut celupar bawa padah! Ibu serang guru, berang anak dirotan gara-gara cikgu dipanggil pondan, “Masa saya pukul kenapa tak minta maaf terus”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan setakat rotan, ketuk-ketampi 300 kali sampai terkangkang naik tangga” - Azhan Rani saran hantar anak ke spa jika tak boleh dirotan

"Aku manusia hari ini kerana didikan klasik guruku. Shame on you girl.

"Menghormati guru adalah wajib dan kelakuan menghina guru secara terang-terangan adalah satu perbuatan yang keji.

"Hukuman banyak caranya tetapi zaman sekarang susah sebab mak ayah zaman ini bukan seperti dahulu," katanya.

Antara kenyataan yang dimuat naik Sharnaaz di Instastory.

Sharnaaz membuat perkongsian itu melalui Instastory.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi cadangan bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar mengikut perkembangan semasa tanpa membabitkan hukuman secara fizikal.

"Cara paling senang adalah buang sekolah dan terus beri penilaian kepada sekolah baharu mereka.

"Masuk sekolah budak nakal, jangan tanya kenapa kena layan serupa askar.

"Masa itu tengoklah anda nak mengadu pada mak atau nak menangis dalam jamban," ujarnya.

Sharnaaz menempelak tindakan ibu bapa yang mempertikai tindakan guru merotan anak.

Selain itu Sharnaaz turut meluahkan rasa terima kasih di atas jasa guru-gurunya dalam mendidik hingga dia menjadi manusia yang lebih berguna pada hari ini.

"Aku wakil pelajar selalu kena rotan, selalu kena berdiri ketika perhimpunan.

"Terima kasih cikgu kerana telah mendidik aku dengan rotan, pemadam papan hitam, tong sampah dan juga buku bahasa Malaysia yang melayang ke muka.

"Kerana anda cikgu, hari ini aku berjaya menjadi seorang pelakon yang fasih menggunakan bahasa sastera dalam lakonan.

Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan seorang wanita berang apabila anaknya didakwa dirotan pada lengan dan paha gara-gara melabelkan guru lelakinya sebagai 'ah kua' (pondan).

Wanita itu turut mempertikaikan tindakan guru terbabit memukul anaknya sehingga menyebabkan paha dan lengan anaknya lebam.

Sharnaaz Ahmad, rotan

Artikel Lain