Johan As'ari hilang 400,000 pengikut selepas IG dihapus penggodam “Saya anggap ini ujian”

Johan kagum dengan kebolehan 'hackers' menggodam Instagram miliknya.

PELAKON Johan As'ari kagum dengan kepintaran individu yang berjaya menggodam dan menghapuskan akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Meskipun sudah menetapkan kata laluan yang agak sukar, Johan, 32, berkata penggodam itu masih mampu menebusi laman sosial peribadinya itu.

"Sejujurnya, saya kagum dengan bakat hacker yang berjaya menceroboh dan memadam akaun Instagram saya tanpa dapat dikesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As'ari Bergambar Di Kubur Terima Padah

"Sedih tu memang sedih... tapi nak buat macam mana benda dah berlaku dan saya pun tak boleh nak buat apa!

Johan mengakui terkilan Instagram miliknya digodam individu tidak dikenali.

"Saya ada minta tolong kawan-kawan yang mahir tentang teknologi, tapi mereka pun tak dapat nak bantu. Jadi saya 'salute' dengan kehebatan hacker tu!," katanya kepada mStar.

Pelakon drama Juvana ini ditemui semasa Majlis Jamuan Hari Raya Pencil Pictures & Records bersama Pusat Tahfiz Syabab yang diadakan di Kepong, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Penghujung Mei lalu, akaun Instagram Johan As'ari yang memiliki hampir 400,000 pengikut telah digodam dan hilang tanpa dapat dikesan.

Johan cipta akaun baharu.

Sementara itu, Johan berkata dia reda dengan kehilangan akaun tersebut dan mula mencipta akaun baharu iaitu @johanarrif_asari.

"Beberapa hari selepas kehilangan akaun tersebut, saya terus buat akaun baharu. Mujurlah saya tidak mempunyai apa-apa endorsement atau kontrak berkaitan produk di Instagram.

"Jadi kuranglah sikit rasa tekanan itu cumanya bukan mudah nak kumpul semula pengikut... tidak apalah, saya anggap ini ujian untuk saya," ujarnya.

Johan As'ari

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain