Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, netizen ‘tak senang duduk’... “Macam tak ada orang lain”

Vivy Yusof kini ahli lembaga Pengarah UiTM.

USAHAWAN terkenal, Datin Vivy Yusof memaklumkan khabar gembira apabila dia kini dilantik sebagai sebahagian daripada ahli lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Vivy, 32, yang teruja dengan berita berkenaan berkata, perlantikan itu diberikan kepadanya oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atas dasar kepercayaan dan tanggungjawab yang mampu digalas olehnya.

"Berdiri bulu roma saat saya melihat ini. Alhamulillah, saya telah diberi tanggungjawab yang besar oleh Menteri Pendidikan sebagai ahli lembaga pengarah termuda Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya amat menghormati Pengarah Urusan dan ahli lembaga lain di atas usaha keras mereka.

"Meskipun saya tidak memiliki pengalaman sama seperti mereka, saya berharap dapat memberi sumbangan terbaik daripada segi idea dalam membawa pembaharuan untuk manfaat bersama dalam industri pendidikan. Bismillah untuk tugasan baharu ini!" katanya yang turut menggunakan tanda pagar #janganmasukclasslambatnanticikguvivymarah.

Vivy berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram.

Berita gembira itu dikongsikan Vivy sendiri menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad.

Bagaimanapun semakan mStar di laman Facebook rasmi UiTM, perlantikan itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang menyatakan rasa kurang senang kerana menurut mereka terdapat individu lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab berkenaan berbanding Vivy.

Antaranya netizen menyatakan beberapa alumni UiTM yang turut mencipta nama dalam bidang masing-masing seperti  pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, Yuna dan Rizman Ruzaini.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

"Bagi saya, lagi sesuai kalau usahawan berjaya yang alumni UiTM dilantik kalau dibanding dengan Vivy ni. UiTM perlu beri penjelasan juga kenapa dia?

"Apa? Macam tiada orang lain ke? berapa banyak research dia buat? Kalau setakat usahawan yang berjaya, cukup bagi ikon sahajalah.

"Apa yang membuatkan dia layak dilantik memegang jawatan ini? Pernahkah dia berkhidmat untuk universiti awam sebelum ini? Adakah dia memahami apa yang pelajar inginkan?" antara komen yang ditinggalkan netizen.

Vivy merupakan graduan lulusan undang-undang dari London School of Economics di United Kingdom.

Untuk rekod, beliau pernah memenangi pelbagai anugerah  termasuk Bella Business Award 2013, Prestige Magazine's 2015, List of Top 40 Under 40, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award dari Tribute To Women Malaysia, Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017 dan Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.


Selain usahawan berjaya, Vivy juga merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Vivy Yusof, UiTM

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain