Tiz Zaqyah tak suka dakwah ‘keras’, gelar PU Amin ‘Melayu Muslim tipikal' - Hiburan | mStar

Tiz Zaqyah tak suka dakwah ‘keras’, gelar PU Amin ‘Melayu Muslim tipikal'

Tiq Zaqyah selar cara dakwaan PU Amin

PERKONGSIAN paparan skrin mengenai cara teguran Pencetus Ummah (PU) Amin berhubung aurat wanita oleh pelakon Tiz Zaqyah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen apabila ia diulang kicau lebih 15 ribu kali.

Menerusi Twitter, Tiz, 31, berkata pandangan yang diutarakan PU Amin memperlihatkan pendakwaah bebas itu sebagai “Melayu Muslim yang tipikal”.

Tweet yang dimuat naik Tiz Zaqyah.

Kata Tiz, saranan PU Amin agar kaum wanita meletakkan jari pada seterika panas selama lima saat sebagai analogi kepada azab api neraka oleh Allah jika kaum wanita tidak menutup aurat adalah terlalu kasar dan tidak beradab.

Sebaliknya Tiz membandingkan kiasan digunakan seorang ulama muda, Sheikh Azhar Nasser yang disifatkannya lebih lembut dan mudah difahami.

"Macam mana nak sampaikan sesuatu isu kalau adabnya tak sampai langsung? Kita tahu mana salah, mana buruk, mana baik, mana betul.

"Tak perlu burukkan lagi kedaan dengan cara dakwah begini. Tak salah pun jadi friendly," tulis Tiz di Twitter.

Sheikh Azhar Nasser dikatakan sebagai pemimpin syiah.

Untuk rekod pandangan dan teguran yang dilontarkan PU Amin dan Sheikh Azhar itu masing-masing dibuat pada 2018.

Bagaimanapun perbuatan Tiz berkongsi perbandingan itu kurang disenangi beberapa individu apabila mereka menjelaskan Sheikh Azhar Nasser merupakan pemimpin syiah.

Namun Tin menyeru pengikutnya agar mengambil pesanan positif yang disampaikan Sheikh Azhar Nasser biarpun berlainan kefahaman.

“Kenyataannya lebih ramah… lebih beradab,” kata Tiz.

tiz zayqah , pu amin

Artikel Lain