Fasha Sandha buat kejutan hamil, Aidil menangis kegembiraan - Hiburan | mStar

Fasha Sandha buat kejutan hamil, Aidil menangis kegembiraan

Fasha beri kejutan tentang kehamilannya.

SELEPAS hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha mengumumkan dirinya sudah pun hamil.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Aidil pada Selasa.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, Aidil memberi reaksi terkejut dan terharu serta menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal menimang cahaya mata.

Fasha menerusi sebuah portal berita memberitahu kandungannya baru berusia tiga minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah bagi rezeki baby ke?” - Netizen mula 'buat kerja', serkap jarang ingat Fasha Sandha hamil

Fasha bersama suami dan anak-anaknya.

Fasha berkata, dia berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.

Sementara itu, Aidil mengucapkan syukur dan meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Fasha Sandha , Aidil Aziz

Artikel Lain