suria

“Tonton blue film hukumnya haram” - Yatt Hamzah kesal suami layan video lucah ketika isteri hamil

Yatt Hamzah meluahkan rasa kesal terhadap perlakuan para suami yang gemar menonton video lucah.

PELAKON Yatt Hamzah meluahkan rasa kesal apabila bulan mulia yang seharusnya menjadi masa terbaik untuk umat Islam beribadat dicemari dengan pelbagai perlakuan maksiat.

Menurut Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, dia menerima banyak rungutan daripada kaum wanita mengenai perbuatan pasangan mereka yang suka menonton video lucah.

Lebih menyedihkan apabila ia dilakukan ketikan si isteri sedang sarang mengandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Lewat 12 Hari, Yatt Hamzah Akhirnya Terima Puteri Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Yatt Hamzah dikuarantin selepas tunai umrah, disyaki dijangkiti virus MERS COV

"Sedih apabila kesucian Ramadan tercemar dengan macam-macam kes maksiat. Ada pula kes isteri hamil, suami layan video-video lucah.

"Allahuakbar... apalah nak jadi dengan keturunan yang ayahnya suka tengok benda haram. Kalau macam ni dikira suami curang juga ke? Sebak dengar dan baca tentang semua perkara yang mencemarkan Ramadan.

"Apabila syaitan sudah melekat di hati. Biar semua syaitan dirantai, nafsu liar tetap susah dijinakkan. Ramadan tetap tak dijadikan medan mentarbiyah diri. Allahuakbar alangkah rugi," katanya.

Antara kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram Yatt Hamzah.

Yatt berkongsi kekesalannya itu menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi masalah mereka menerusi mesej peribadi yang ditinggalkan kepada aktres itu.

Sebagai respon Yatt berkata, perbuatan tidak bermoral seperti itu mampu memberi kesan kepada si pelaku apabila ia dikhuatiri mampu mempercepatkan seseorang itu untuk menjadi nyanyuk.

"Ramai yang DM (direct message) selepas Bonda share pasal suami yang layan blue film semalam.

"Jika perbuatan ini sering dilakukan, maka dikhuatirkan ia akan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyuk atau pikun," katanya.

Dalam pada itu, Yatt turut menasihati netizen khususnya kaum lelaki yang mempunyai masalah untuk mengawal nafsu bagi mendapatkan bantuan.

Yatt mengikuti kelas Tahsin pada bulan Ramadan.

"Menonton blue film (video lucah) adalah perbuatan haram dan berdosa besar kerana melihat tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang berjimak.

"Ia adalah perbuatan zina yang menggelapkan dan mengeraskan hati, menumpulkan fikiran dan mengakibatkan keruntuhan rumah tangga.

"Bagi yang sudah berkahwin juga bukan suka-suka boleh tengok video lucah dengan alasan untuk menambah ilmu seksologi... Bagi yang tak boleh kawal perasaan dan terjebak dengan keadaan ini boleh jumpa dengan orang yang dipercayai dan kongsi masalah," katanya.

Yatt Hamzah, video lucah

Artikel Lain