suria

“Allah bagi rezeki baby ke?” - Netizen mula 'buat kerja', serkap jarang ingat Fasha Sandha hamil

Netizen mula beranggapan kononnya Aidil memberi gambaran Fasha kini sedang hamil anak pertama mereka.

PERKONGSIAN pelakon Aidil Aziz yang pertama kali berkunjung ke bazaar Ramadan bersama isterinya, Fasha Sandha menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen beranggapan Aidil seakan memberi gambaran Fasha sedang hamil hanya kerana isterinya mengidam pelbagai jenis makanan.

"Pertama kali kami dapat pergi bazaar Ramadan sama-sama. Macam-macam isteri minta. Tapi tak apa, masa berbuka tadi semua dia makan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha kongsi kejadian lucu apabila bangun tidur terlupa ada suami di sebelah


Fasha menjelaskan masih awal untuk dia dan Aidil menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, Fasha membalas salah satu komen netizen dengan mengatakan masih awal untuk dia dan Aidil menimang cahaya mata.

Menurut pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia hanya berasa lapar disebabkan sedang berpuasa.

"Eh belum la... Awal lagi. Belum rezeki. Lapar sebab puasa saja," kata Fasha.

Namun ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar pasangan itu dikurniakan rezeki cahaya mata dengan cepat.

Keluarga bahagia Fasha dan Aidil.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pada 30 Mac lalu.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Lain