Fasha Sandha kongsi kejadian lucu apabila bangun tidur terlupa ada suami di sebelah - Hiburan | mStar

Fasha Sandha kongsi kejadian lucu apabila bangun tidur terlupa ada suami di sebelah

Fasha berkongsi kisah lucu di awal perkahwinannya dengan Aidil. Foto: SAM THAM

SETELAH empat hari bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, aktres Fasha Sandha berkongsi kejadian yang disifatkan mencuit hati.

Menurut Fasha, tiga tahun terbiasa sebagai ibu tunggal membuatkan dia terlupa dirinya sudah bergelar isteri ketika bangun daripada tidur.

"Memandangkan saya sudah tiga tahun lima bulan jadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal nikah waktu terdekat, Fasha Sandha sedih nak tinggalkan gelaran janda

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha sangat gembira majlis kahwin nak buat cara kampung - Aidil Aziz


Fasha bahagia melalui alam perkahwinan.

"Saya lupa selepas bangun tidur kena gosok baju suami, siapkan sarapan pagi. Apabila ingat balik momen itu saya hanya mampu tergelak sendiri.

"Itulah kejadian yang buat saya ketawa sampai sekarang, sejujurnya saya seronok dengan kehidupan selepas kahwin sebab ada teman untuk berbincang dan berbual sebelum tidur," katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini ditemui semasa pelantikannya sebagai duta untuk produk Brands Inner Shine yang diadakan di One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Fasha, 35 dan Aidil, 32, selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pada Sabtu lalu.

Sebelum ini Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun mereka bercerai tiga tahun kemudian.

Aidil bersama dua orang anak Fasha.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6 dan Putri Reysha Jemyma, 5 tahun.

Sementara itu, Fasha berkata kedua-dua anaknya semakin selesa bersama Aidil dan mula memanggil sebagai ayah.

"Alhamdulillah, Rayfal dah panggil ayah, beritahu sekali saja dan esoknya dia dah panggil ayah... tapi Jemyma lambat sikit, mungkin perempuan lain sikit kut!

"Saya pun mula-mula agak susah nak panggil abang tapi kita cuba slowly sebab sekarang dia dah jadi suami saya. Setelah berbincang apa gelaran saya patut panggil, Aidil beritahu dalam famili dia isteri kena panggil abang," ujarnya.

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Artikel Lain