suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“YB cantik rambut saya tengok dari belakang” – peminat terhibur komen Siti Nurhaliza kepada Syed Saddiq

Komen siti pada foto Syed Saddiq hiburkan netizen.

KOMEN yang ditulis penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza di sebuah foto Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman yang sedang menggunting rambuat di sebuah kedai mendapat perhatian netizen.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar Tokti secara bergurau meninggalkan komen di foto Syed Saddiq bahawa dia sedang memerhati daripada belakang.

Ia ekoran terdapat sebuah poster wajahnya yang ditampal di dinding kedai guting berkenaan.

"YB cantik rambut saya nampak dari belakang," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asalkan selesa, buat apa nak pakai pakaian ketat” - Siti Nurhaliza jawab busana dikritik lapuk

Siti menulis komen berunsur gurauan di foto Syed Saddiq.

Foto berkenaan mendapat lebih 78,000 tanda suka dan seribu komen netizen.

Rata-ratanya netizen menganggap komen tersebut sebagai lucu dan terhibur dengan gurauan itu.

Mereka menyifatkan penyanyi lagu Anta Permana itu seorang yang mempunyai sifat lucu.

"So cute, lama cari baru paham belakang tu ada gambar Siti. Malam-malam ni buat saya tergelak," ujar salah seorang netizen.

Siti Nurhaliza

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia